Utusan Borneo (Sarawak)

Suami isteri ditahan gara-gara tunjuk isyarat lucah kepada polis

-

MIRI: Tindakan seorang lelaki menunjukka­n isyarat lucah kepada polis dan meloloskan diri dalam sekatan jalan raya di Simpang Batu Niah menyebabka­n dia ditangkap bersama isterinya di sebuah rumah panjang di Suaikira-kirajam 2.15 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata, kejadian terbabit berlaku kirakira jam 10.15 pagi ketika sepasang suami isteri cuba melepasi sekatan jalan raya untuk ke pasar di Simpang Batu Niah.

“Ketika melalui jalan tersebut, kereta itu telah melanggar sekatan jalan raya sambil pemandunya menunjukka­n isyarat lucah kepada polis.

“Selepas empat jam mengesan, polis berjaya menangkap suspek di sebuah rumah panjang dan apabila ditanya kenapa dia bertindak demikian, dia memberitah­u dia marah tidak dapat membawa isterinya bersama pergi ke pasar,” katanya ketika ditemu bual Utusan Borneo di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri di sini semalam.

Lim berkata, polis bertindak menahan suspek semasa sekatan jalan raya itu kerana sebelumnya mereka melihat suspek melalui jalan tersebut berseorang­an sebelum kemudianny­a membawa isteri.

Atas kesalahan ini, suami isteri terbabit disiasat mengikut Seksyen 26, 186 dan 509 Kanun Keseksaan serta Peraturan (7)(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (LangkahLan­gkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Sementara itu Lim berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masuk minggu kedua pada Rabu menyaksika­n sembilan orang berusia antara 19 hingga 42 tahun berjaya ditangkap di daerah Miri kerana ingkar PKP.

“Selain sepasang suami isteri itu, turut ditangkap dalam rondaan jam 7 malam semalam (kelmarin) sehingga 7 pagi ini (semalam) ialah enam lelaki dan seorang wanita termasuk dua warga asing.

“Mereka ditangkap di Jalan Riam, Jalan Taman Yakin, dihadapan sebuah bank di Jalan Bendahara dan Desa Senadin,” jelasnya.

Menurutnya, mereka ditangkap kerana berada di luar rumah sewaktu jam 7 malam sehingga 7 pagi dengan memberikan alasan tidak munasabah, antaranya, hanya melepak bersama rakanrakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia