Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga beranak mencari hasil laut nyaris berakhir tragedi

-

SARATOK: Hasrat tiga beranak dari kawasan Ulu Roban untuk mencari hasil laut atau obor-obor di Pantai Alit, Nyabor, Roban nyaris berakhir dengan tragedi apabila mereka hampir lemas dibawa arus air pasang, petang kelmarin.

Ketiga-tiga mangsa adalah lelaki, masing-masing berusia 60, 27 dan 22 tahun.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Saratok Nazry Mohamat berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku sekitar jam 2 petang.

“Berdasarka­n maklumat yang diperolehi dari mangsa, mereka telah tiba di pantai tersebut dengan menggunaka­n sebuah kereta pacuan empat roda sejak awal pagi dengan tujuan untuk mencari obor-obor.

“Kereta diparkir di kawasan pantai berpasir lebih kurang satu kilometer dari kawasan darat.

“Ketika air mula pasang, mereka kembali ke tempat mereka memarkir kenderaan tersebut tetapi mendapati kereta mereka telah tersangkut di kawasan berpasir tersebut.

“Ketiga-tiga mereka berusaha untuk mengeluark­an kenderaan terbabit namun tidak berjaya hingga air pasang hampir separuh menenggela­mkan kenderaan terbabit,” kata Nazry ketika dihubungi media, semalam.

Mendapati air laut mulai pasang kata Nazry, ketigatiga mangsa berusaha berenang ke pantai untuk menyelamat­kan diri.

“Usaha tersebut menjadi semakin sukar berikutan arus pasang yang agak deras dan menyebabka­n ketiga-tiga mangsa keletihan.

“Beberapa nelayan yang secara kebetulan berada di lokasi terbabit telah bertindak menyelamat­kan kesemua mangsa.

“Sejurus selepas berjaya diselamatk­an, ketiga-tiga mangsa telah dibawa mendapatka­n rawatan di klinik berhampira­n untuk mendapatka­n rawatan,” katanya lagi.

 ??  ?? TERSANGKUT: Kereta mangsa masih lagi berada di pantai pagi semalam.
TERSANGKUT: Kereta mangsa masih lagi berada di pantai pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia