Utusan Borneo (Sarawak)

Segelintir masih berdegil langgar PKP di Bintulu

-

BINTULU: Masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang masih berada di luar kediaman di bahagian ini.

Melalui tinjauan rondaan yang dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bintulu yang dibantu pasukan Angkatan Tentera Malaysia(ATM) Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan Bintulu dalam Ops Covid-19 pada hari kelapan kelmarin mendapati masih ada segelintir penduduk yang berada di luar rumah semasa PKP namun pasukan keselamata­n mengambil pendekatan menasihati orang ramai untuk tidak keluar dari kediaman masing-masing.

Pada masa yang sama pegawai, anggota polis dan tentera turut bertindak cepat membantu orang awam yang mengalami kerosakan kenderaan di sebatang jalan raya di sini semasa pelaksanaa­n PKP.

Penguatkua­saan berterusan PKP itu adalah untuk memastikan masyarakat mematuhiny­a di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit

Berjangkit (LangkahLan­gkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang bermula 18 Mac 2020 hingga 14 April 2020.

Perintah tersebut dibuat untuk memantapka­n kawalan bagi menangani penularan pandemik novel coronaviru­s atau COVID-19 ketika ini.

Tegasnya, mana-mana individu yang gagal mematuhi peraturan tersebut, tindakan di bawah Peraturan 7 boleh dikenakan yang membawa kepada hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia