Utusan Borneo (Sarawak)

Tempoh larangan operasi premis perniagaan dilanjut

Ia sejajar tempoh PKP yang disambung hingga 14 Apr: KM

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melanjutka­n tempoh larangan operasi premis perniagaan bermula 7 malam hingga 7 pagi sejajar dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disambung sehingga 14 April depan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang berkata demikian menambah, premis perniagaan hanya dibenarkan beroperasi dari 7 pagi hingga 7 malam.

Premis perniagaan itu ialah pasar raya besar, pasar raya, kedai kopi, klinik swasta, restoran, kedai serbaneka 24 jam dan stesen petrol.

“Jika kita patuh kepada PKP, kemungkina­n besar kita dapat membendung COVID-19 ditambah dengan Sarawak dipisahkan oleh Laut China Selatan dengan Semenanjun­g Malaysia, akan membantu menghentik­an rantaian jangkitan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Terdahulu beliau menghadiri Mesyuarat Majlis Keselamata­n Negeri yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah.

Abang Johari berkata berkata pada mesyuarat itu kerajaan negeri memutuskan untuk cuba memperbaik­i keadaan di Sarawak dari sudut keselamata­n dan bagaimana

Jika kita patuh kepada PKP, kemungkina­n besar kita dapat membendung COVID-19 ditambah dengan Sarawak dipisahkan oleh Laut China Selatan dengan Semenanjun­g Malaysia, akan membantu menghentik­an

” rantaian jangkitan.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

Ketua Menteri menguruska­n PKP.

Bagi tujuan itu katanya, dua jawatankua­sa kecil ditubuhkan iaitu Jawatankua­sa Kecil Rantaian Bekalan Makanan dipengerus­ikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Jawatankua­sa Kecil Keselamata­n diketuai Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing.

“Kerajaan negeri akan memantau dari semasa ke semasa impak

COVID-19 dan mencari penyelesai­an kesannya kepada ekonomi. Saya percaya inisiatif-inisiatif yang diumumkan kerajaan sebelum ini akan memberi kesan baik bagi ekonomi Sarawak dan rakyat,” katanya.

Pada sidang media sama, Abang Johari memberitah­u Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) yang asalnya dijadual diadakan pada 13 April ditunda ke 16 April sejajar dengan tempoh pelanjutan PKP.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? TERUS PANTAU: Abang Johari pada sidang media mengenai perkembang­an situasi COVID-19 di Wisma Bapa Malaysia semalam.
— Gambar Chimon Upon TERUS PANTAU: Abang Johari pada sidang media mengenai perkembang­an situasi COVID-19 di Wisma Bapa Malaysia semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia