Utusan Borneo (Sarawak)

Ingkari PKP mungkin akan menyebabka­n PKP dipanjangk­an lagi

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Mungkin suasana Ramadan, sambutan Hari Raya mahupun Gawai Dayak tidak dirai seperti kebiasaan jika rakyat masih ingkar dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara itu ditegaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Dato Idris Buang yang memberitah­u, sikap tidak bertanggun­gjawab tersebut mungkin akan menyebabka­n tempoh penguatkua­saan PKP dipanjangk­an lagi.

Malah, tegas Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu, tindakan tersebut juga akan menyebabka­n penularan wabak COVID-19 bertambah buruk.

“Adakah kita mahu Ramadan ini tiada sembahyang sunat terawih berjemaah di masjid dan surau, suara anak-anak bertadarus, tiada sembahyang sunat Aidilfitri, tiada ziarah-menziarahi ke

Adakah kita mahu Ramadan ini tiada sembahyang sunat terawih berjemaah di masjid dan surau, suara anak-anak bertadarus, tiada sembahyang sunat Aidilfitri, tiada ziarah-menziarahi ketika meraikan Hari Raya dan Gawai?

Dato Idris Buang

ADUN Muara Tuang

tika meraikan Hari Raya dan Gawai?

“Jika sikap tidak patuh dan ingkar ini berterusan, semua itu tidak mustahil akan berlaku pada kita.

“Justeru, marilah kita patuh dengan perintah dan arahan yang dikeluarka­n kerajaan dan pihak berkuasa dalam usaha kita bersamasam­a membendung penularan wabak COVID-19 ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo.

Tegas Idris, dengan mematuhi PKP itu dapat membantu memutuskan rantaian penularan wabak tersebut.

Tambahnya, untuk itu, orang awam haruslah duduk di rumah dan tidak keluar jika tiada keperluan penting.

Selain itu, beliau mengingatk­an agar orang awam menjaga kebersihan diri di tahap maksimum pada waktu ini.

Kata beliau, ia penting bagi memastikan orang awam dapat mencegah daripada risiko dijangkiti wabak tersebut.

“Penjarakan sosial juga perlu terus diamalkan, pakai topeng penutup mulut dan hidung, kerap cuci tangan dan jangan bersalaman atau bersentuha­n dengan orang lain dalam tempoh sukar ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menasihatk­an orang awam bijak menguruska­n kewangan mereka.

“Belilah barang yang diperlukan sahaja, elak pergi beli-belah bersama ahli keluarga lain,” tambahnya.

 ??  ?? IDRIS
IDRIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia