Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat Khidmat Parlimen Puncak Borneo akan hulur bantuan khas

-

KUCHING: Pusat Khidmat Parlimen Puncak Borneo akan menyumbang­kan bantuan khas berbentuk barangan makanan kepada keluarga memerlukan yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Willie Mongin berkata, bantuan khas makanan itu inisiatif pusat bagi meringanka­n beban kepada keluarga miskin dan miskin tegar serta kumpulan B40 yang hilang punca pendapatan susulan PKP.

Beliau berkata, mereka yang layak menerima bantuan terbabit adalah warganegar­a Malaysia yang tinggal di konstituen­si Puncak Borneo, golongan miskin dan B40, ketua keluarga yang tidak mempunyai pendapatan tetap bulanan, dan mereka yang hilang punca pendapatan bulanan ekoran COVID-19.

“Kita semua tahu, semua rakyat Malaysia kini duduk di rumah semasa pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

“Kami percaya ramai rakyat di Puncak Borneo terkesan semasa berdepan kesukaran ini kerana mereka tidak dapat bekerja.

“Dengan mengambil kira perkara itu, kami berusaha meneliti apa jenis bantuan sejak tiga hari lalu dalam usaha terbaik kami meringanka­n beban rakyat di konstituen­si,” katanya.

Willie yang juga Ahli Parlimen Puncak Borneo pada masa yang sama memohon kerjasama daripada semua ketua kaum untuk mengenal pasti rakyat di kampung dengan menyediaka­n senarai nama mereka yang benar-benar terkesan dan memerlukan barangan makanan.

Beliau berkata, senarai berkenaan termasuk maklumat seperti nama penuh ketua isi rumah, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nombor telefon dan jumlah ahli keluarga.

Senarai lengkap katanya, perlu dikembalik­an segera menerusi aplikasi WhatsApp kepada jawatankua­sa bencana COVID-19 Konstituen­si Parlimen Puncak Borneo kepada Cynthia di talian 013-8125525 atau Athina (012-8826488) sebelum atau pada 27 Mac ini.

 ??  ?? WILLIE
WILLIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia