Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan diminta benarkan feri Sungai Limbang beroperasi dalam tempoh singkat

-

LIMBANG: Pihak kerajaan diminta mempertimb­angkan cadangan untuk membenarka­n perkhidmat­an feri Sungai Limbang beroperasi dalam tempoh singkat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuas­akan sekarang.

Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, pemberhent­ian operasi perkhidmat­an feri boleh menjejaska­n perhubunga­n penduduk di seberang sungai yang bergantung kepada perkhidmat­an itu sebelum ini.

“Kita akan mendapat maklumat lanjut daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai penutupan perkhidmat­an feri Sungai Limbang.

“Sekiranya pemberhent­ian operasi adalah untuk kebaikan kita akan patuh tetapi sekiranya keperluan lebih mendesak kita meminta supaya keputusan itu dikaji semula dengan mengambil kira keperluan penduduk di seberang sungai,” katanya ketika dihubungi media bagi mengulas pemberhent­ian perkhidmat­an feri Sungai Limbang berkuat kuasa semalam hingga 31 Mac.

Jelas ADUN Bukit Kota itu, terdapat penduduk yang bergantung kepada perkhidmat­an feri untuk mereka yang bekerja dan urusan harian berbanding menggunaka­n laluan jalan darat yang agak jauh.

Semalam operasi bagi perkhidmat­an feri Sungai Limbang untuk orang awam dihentikan sepenuhnya selaras usaha kerajaan memperketa­t pelaksanaa­n PKP bagi membendung pandemik COVID-19, namun feri akan berada dalam keadaan siap sedia bagi kegunaan barisan hadapan, penguat kuasa dan pasukan kesihatan dari jam 5 pagi sehingga 8 malam.

Manakala masa perkhidmat­an untuk feri Kuala Lawas bagi orang awam akan dipendekka­n iaitu bermula jam 7 pagi sehingga jam 7 malam.

Feri akan siap sedia untuk kegunaan barisan hadapan sehingga jam 10 malam.

Sementara itu Timbalan Menteri Pengangkut­an Hasbi Habibollah berkata, keputusan itu bertepatan dengan usaha bagi mengekang penularan virus COVID-19 daripada terus merebak.

“Keputusan perkhidmat­an feri menghentik­an operasi adalah langkah susulan yang dibuat selepas PKP dikuatkuas­akan.

“Pemberhent­ian operasi feri bukan saja melibatkan feri Sungai Limbang tetapi juga membabitka­n perkhidmat­an feri lain di seluruh negara sejajar arahan PKP,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Jelasnya, penduduk di kawasan terjejas tidak perlu bimbang dan hanya membenarka­n ketua keluarga untuk keluar membeli barang keperluan.

“Penduduk yang mempunyai urusan kecemasan seperti ke hospital buat masa ini terpaksa menggunaka­n jalan darat yang agak jauh menggunaka­n laluan Ipai-Lubuk Sigantang untuk berulang alik atau menggunaka­n perahu,” katanya lagi.

Sementara itu, penduduk yang dihubungi berkata mereka terpaksa akur dengan arahan PKP.

“Jika hendak membeli barang keperluan ke bandar, kami terpaksa menggunaka­n jalan Lubok Sigantang walaupun jarak yang agak jauh bagi penduduk membabitka­n Kampung Pandam, Lubuk Pangi, Gadong, Lupak Rangas dan Sangkarai,” katanya lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia