Utusan Borneo (Sarawak)

PN digesa guna tabung kerajaan bantu rakyat sepanjang PKP

-

MIRI: Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Sarawak Senator Alan Ling menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk memperuntu­kkan sejumlah dana dari tabung kerajaan untuk membantu rakyat berbanding membenarka­n pencarum menggunaka­n tabung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP).

Beliau menegaskan bahawa caruman itu adalah wang simpanan masa depan pekerja yang disumbangk­an majikan dan pekerja, bukan wang bantuan kerajaan.

Selain itu, wang tersebut akan dimanfaatk­an oleh pekerja ketika mereka bersara.

“Sebagai kerajaan prihatin, mereka harus mencari jalan lebih rasional untuk membantu kerajaan dengan mengagihka­n bantuan sosial, bukan hanya kepada pejuang barisan hadapan tetapi juga kepada golongan berpendapa­tan rendah, “jelasnya.

Alan menambah, ia hanya membantu pencarum bukan rakyat miskin secara keseluruha­n.

Majlis Setiausaha PH mencadangk­an kerajaan menyalurka­n peruntukan kecemasan RM1,000 kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi tempoh Mac dan April.

Majlis itu dalam satu kenyataan menjelaska­n pemberian bagi tempoh dua bulan itu membolehka­n penerima BSH mengharung­i keadaan ekonomi yang meruncing dan mencabar kesan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu.

Majlis Setiausaha PH turut menjangkak­an kos yang perlu ditanggung kerajaan sebanyak RM8.2 bilion.

Cara ini adalah pendekatan paling cepat untuk membantu mereka yang paling terkesan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutka­n sehingga 14 April.

Alan sekali lagi mengingatk­an pencarum bahawa mereka menggunaka­n simpanan masa depan mereka dengan mengeluark­an tabungan di akaun dua KWSP.

“Paling penting, ketika situasi sekarang, kerajaan perlu efektif dan berupaya mencari sumber peruntukan untuk membantu rakyat dalam tempoh sukar ini tanpa mengganggu tabung caruman pekerja,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia