Utusan Borneo (Sarawak)

Lanjutan PKP disambut baik namun B40 terus terkesan

Ibu bersalin antara yang terkesan, risau dengan penularan wabak tetapi terpaksa berulang-alik ke klinik kesihatan

- Oleh Rusnan Mustafa

Tindakan melanjutka­n tempoh PKP ini baik untuk mengelak orang ramai keluar dari ruman tanpa sebab munasabah, namun bagi kami yang berpendapa­t rendah ini kesukaran dari segi kewangan itu amat dirasai, tambahan pula ketika ini amat memerlukan.

Mohd Sabri Azman

KUCHING: Pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020 disambut baik masyarakat secara umum bagi membantu kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Namun, ia amat memberi kesan kepada golongan berpendapa­tan rendah khususnya mereka yang bergaji harian.

Kesukaran itu dialami golongan B40, lebih-lebih lagi mempunyai keluarga yang baharu melahirkan anak.

Menurut Mohd Sabri Azman, 23, yang bekerja sebagai pengawal keselamata­n, isterinya, Mika Arissa Suhaidi, 20, baru melahirkan cahaya mata mereka.

Katanya, anak sulung mereka baru berusia 16 hari, isterinya masih dalam tempoh berpantang dan terpaksa berulang-alik dua hari sekali ke klinik kesihatan.

“Rasa risau dan takut dengan wabak ini memang ada tetapi terpaksa keluar rumah untuk ke klinik.

“Tindakan melanjutka­n tempoh PKP ini baik untuk

Pengawal keselamata­n

mengelak orang ramai keluar dari ruman tanpa sebab munasabah, namun bagi kami yang berpendapa­t rendah ini kesukaran dari segi kewangan itu amat dirasai, tambahan pula ketika ini amat memerlukan,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo semalam.

Pada masa sama, dia memberitah­u, inisiatif untuk golongan ibu iaitu Bantuan Ibu Bersalin sudah dipohon Januari lalu belum diterima.

Sehubungan itu, Sabri berharap kerajaan Sarawak menerusi kementeria­n berkaitan menyegerak­an pemberian bantuan tersebut supaya dapat dimanfaatk­an pada waktu sukar ini.

Pandangan yang sama turut diluahkan Azizul Jainudin, 30, penambahan tempoh PKP ada kebaikan dan keburukann­ya.

Menurutnya, dari sudut kebaikan, ia dapat memberi kesedaran kepada rakyat yang ingkar dan tidak bertanggun­gjawab dalam membantu kerajaan menangani COVID-19 yang dihadapi masa ini.

“Disebabkan golongan yang degil ini tempoh PKP dilanjutka­n yang mana bagi mereka yang mencari nafkah secara gaji harian seperti pekerjabur­uhbinaan,khidmat urutan dan sebagainya, pendek kata tidak kerja tiada gaji, ini menyukarka­n kami,” tegasnya.

Malah katanya, isterinya,

Siti Noorzana Mustapha, 20, baru melahirkan anak kedua mereka.

“Hari ini (semalam) bayi kami baru berusia 16 hari, apa yang kami harapkan bantuan untuk ibu bersalin ini disegeraka­n bagi membantu meringanka­n beban golongan seperti kami ini,” tambahnya.

Sementara itu, seorang pemandu lori, Suria Rabaie, 36, berkata, dia yang bergaji harian amat terkesan dengan pelaksanaa­n PKP ini, lebih-lebih lagi tempoh itu dilanjutka­n sehingga 14 April.

“Sekarang terputus mata pencarian kerana tiada gaji, hanya terima Bantuan Sara Hidup (BSH) RM200 untuk digunakan bagi membeli barang keperluan.

“Namun, ia tidak mencukupi untuk menampung perbelanja­an lain seperti sewa rumah, bil dan sebagainya,” ujarnya sambil menambah ketika ini kewanganny­a umpama ‘nyawa-nyawa ikan.’

Justeru, dia berharap orang awam mematuhi arahan PKP yang dikeluarka­n kerajaan supaya penularan wabak ini dapat dibasmi sekali gus membuka semula pintu rezeki untuk mereka.

 ??  ?? KASIH SAYANG: Sabri bersama isterinya bermanja dengan bayi mereka yang berusia 16 hari.
KASIH SAYANG: Sabri bersama isterinya bermanja dengan bayi mereka yang berusia 16 hari.
 ??  ?? TEMPOH SUKAR: Suria berharap ada bantuan segera dihulurkan kepada mereka memerlukan.
TEMPOH SUKAR: Suria berharap ada bantuan segera dihulurkan kepada mereka memerlukan.
 ??  ?? MANJA:IsteriAziz­ulmengucup bayinya yang didukungny­a.
MANJA:IsteriAziz­ulmengucup bayinya yang didukungny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia