Utusan Borneo (Sarawak)

APM Sri Aman pantau operasi kilang dalam pematuhan PKP

-

SRI AMAN: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sri Aman turut memainkan peranan penting bersama barisan hadapan bersama dengan pihak kerajaan melakukan pemantauan terhadap pematuhanP­erintahKaw­alan Pergerakan (PKP) akibat wabak COVID-19 di sekitar bandar ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sri Aman Siti Huzaimah Ibrahim berkata, semenjak pelaksanaa­n PKP pada 18 Mac lalu, pihak APM Sri Aman telah melakukan pemantauan ke atas sebelas kilang di sekitar bandar ini termasukla­h sebuah kilang di kawasan Lubok Antu.

Menurutnya, pemantauan ini dilaksanak­an adalah memastikan kesemua pengusaha serta pekerja kilang mematuhi PKP yang dilaksanak­an bagi bersama-sama membantu pihak kerajaan memutuskan rangkaian wabak COVID19.

“Pihak kita melakukan pemantauan setiap hari ke atas semua kilang di bandar ini termasukla­h sebuah di Lubok Antu bagi memastikan kesemua pengusaha kilang dan kakitangan mereka mematuhi peraturan yang telah ditetapkan seperti menggunaka­n penutup hidung dan mulut serta sentiasa mengamalka­n aspek kebersihan persekitar­an,” ujarnya.

Siti berkata demikian ketika ditemui di Bangunan Kawalan Bilik Operasi, Jabatan Pertahanan Awam, Daerah Sri Aman di sini pagi semalam.

Katanya lagi, APM Sri Aman turut melakukan kawalan setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 5 petang melibatkan 15 anggota, dari jam 5 petang hingga 12 tengah malam serta bermula jam 12 tengah malam hingga 8 pagi masing-masing melibatkan enam anggota.

“Anggota kami sentiasa bersiap sedia menghadapi apa jua kemungkina­n dan bekerja mengikut jadual yang telah ditetapkan,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, APM Sri Aman turut melakukan pemantauan di sekitar kawasan kampung termasukan masjid dan surau bagi berkongsi maklumat denganmasy­arakatberk­enaan kewujudan wabak COVID19 ini.

“Selain memberi penumpuan terhadap penularan wabak COVID-19 ini, pihak kita juga sentiasa membantu masyarakat menyelesai­kan kes seperti menangkap ular, menghapusk­an sarang serangga berbisa, kes kemalangan dan sebagainya,” jelasnya lanjut.

Dalam pada itu, berikutan penularan wabak ini, Siti menasihatk­an orang awam agar sentiasa menjaga keselamata­n diri dan keluarga dan mendengar segala nasihat kerajaan untuk duduk di rumah tanpa melakukan pergerakan yang jauh.

 ??  ?? BERTUGAS: Anggota APM Sri Aman sedang melakukan pemantauan terhadap beberapa kilang di sekitar Sri Aman, semalam.
BERTUGAS: Anggota APM Sri Aman sedang melakukan pemantauan terhadap beberapa kilang di sekitar Sri Aman, semalam.
 ??  ?? BANTU KERAJAAN: Siti semasa ditemui di pejabatnya semalam.
BANTU KERAJAAN: Siti semasa ditemui di pejabatnya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia