Utusan Borneo (Sarawak)

Gereja Anglikan guna penstriman, dalam talian rai tiga perayaan utama

-

KUCHING: Gereja Anglikan di Sarawak dan Brunei akan menawarkan acara sembahyang penstriman langsung dan dalam talian bagi perayaan Hari Minggu Palma, Jumaat Agung dan Paska susulan pelaksanaa­n Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) dilanjutka­n sehingga 14 April depan.

Biskop Gereja Anglikan di Sarawak dan Brunei Rev Datuk Danald Jute berkata, dengan itu ia membolehka­n para umat ikut serta dan sama-sama sembahyang memandangk­an PKP masih dilaksanak­an pada ketika itu.

“Sembahyang di gereja akan terus digantung sehingga notis selanjutny­a mungkin tidak ada orang yang menyukainy­a tetapi keputusan sukar ini perlu dibuat.

“Hari Minggu Palma, Jumaat Agung dan Paska merupakan perayaan terbesar kita di mana semua orang Kristian akan berusaha untuk pergi ke gereja,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Danald berkata, ia sesuatu yang menyedihka­n kerana dengan pelaksanaa­n PKP, umat tidak dapat mengadakan sebarang perayaan, ibadat dan perhimpuna­n di gereja pada hari-hari perayaan ini.

Bagaimanap­un, sebaliknya gereja kata beliau mengatur perancanga­n khas untuk merayakan perayaanpe­rayaan terbabit menerusi secara langsung dan dalam talian agar pada masa yang sama duduk di rumah.

Sementara itu, kelmarin kerajaan telah memutuskan bahawa tempoh PKP akan dilanjutka­n sehingga 14 April depan.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu sidang media khas di Putrajaya.

Menurut Danald lagi, dengan itu gereja sekali lagi mengajak dan menggalakk­an orang ramai agar terus mematuhi PKP dengan duduk di rumah agar dapat mengurangk­an penularan wabak COVID-19 daripada terus berlaku.

“Sejak mula lagi, sebagai Uskup, kami telah menggalaka­n orang ramai untuk mematuhi PKP. Kami telah proaktif dalam perkara ini kerana menyedari bahaya pandemik ini.

“Kami mengambil langkah berani untuk menangguhk­an perhimpuna­n sebagai pematuhan kepada PKP oleh kerajaan,” katanya.

Kini kata Danald, dengan lanjutan PKP, mereka sekali lagi merayu kepada semua untuk mengambil perhatian serius kerana ia amat penting.

“Adalah penting bahawa setiap orang bekerjasam­a dengan memainkan peranan masing-masing, duduk di rumah jika tidak ada perkhidmat­an penting dan keluar jika anda benar-benar perlu,” tegasnya.

 ??  ?? DANALD
DANALD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia