Utusan Borneo (Sarawak)

PSB Bahagian Engkilili santuni petugas barisan hadapan PKP

-

KUCHING: Parti Sarawak Bersatu (PSB) Bahagian Engkilili menyantuni petugas barisan hadapan yang bertugas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disambung sehingga 14 April depan.

Sumbangan telah disampaika­n oleh pembantu khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Davis Renang kepada anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubuk Antu, Balai Polis Engkilili, Pondok Balai Polis Skim Skrang, Klinik Kesihatan Skrang serta RELA Lubuk Antu/ Engkilili di sini semalam.

ADUN Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa yang juga Ketua Pemuda PSB ketika dihubungi berkata, bantuan bagi menghargai pengorbana­n serta kerja keras anggota keselamata­n khasnya di DUN Engkilili dalam memantau pergerakan warga Engkilili agar mematuhi perintah tersebut.

“Apa yang dilakukan oleh petugas keselamata­n sangat mulia kerana ketika orang ramai duduk di rumah... masih ada individu yang berkorban masa, tenaga dan memperjudi­kan nyawa berkawal di luar bagi memastikan arahan perintah itu dipatuhi sepenuhnya bagi mengekang penularan wabak maut COVID-19 yang setakat hari ini (semalam) sudah meragut 21 nyawa,” katannya kepada

Bercakap lanjut, Dr Rayong meminta penduduk bersabar dan mematuhi setiap arahan pihak berwajib untuk membendung penularan COVID-19 terutama di DUN Engkilili.

“Memang perintah PKP memberi kesan besar kepada kehidupan seharian kita semua namun ini sahaja jalan terbaik mengekang ia daripada merebak,” katanya sambil menambah PKP secara tidak langsung merencatka­n pendapatan harian penduduk yang bergantung kepada aktiviti luaran.

“Banyak hasil tanaman dan ternakan tidak dapat dijual atau dituai memandangk­an kedai ditutup, manakala perintahan larangan bergerak menjadikan aktiviti ekonomi penduduk terbantut sekurang-kurangnya dua minggu lagi sehingga 14 April,” katanya.

Katanya, beliau berasa rindu untuk bertemu dan mengadakan aktiviti parti bersama rakyat, namun ia terpaksa dihentikan seketika sehingga PKP ditarik balik.

Sementara itu, PSB Cawangan Batang Ai turut menyampaik­an bantuan kepada anggota keselamata­n yang diwakili oleh bekas kapitan Lubuk Antu iaitu Tay Che Ming.

Turut menyertai pengagihan bantuan ialah Pengulu Lee Che Ming, Kapitan Lai Jiaw San serta Kapitan Bong Boon Foong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia