Utusan Borneo (Sarawak)

Kemudahan pusat kuarantin di Limbang akan ditambah baik

Asrama Dewan Suarah dan Stadium Tertutup Limbang dipantau

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah Limbang terus memperting­kat aspek keselamata­n termasuk menambah baik kemudahan di dua pusat kuarantin di daerah ini.

Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said berkata, asrama Dewan Suarah dan Stadium Tertutup Limbang yang dijadikan pusat kuarantin dipantau dan ditambah baik berdasarka­n keperluan semasa.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah Limbang berkata, pusat kuarantin bagi pesakit yang disyaki menghidap COVID-19 sudah beroperasi sebaik sahaja Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah Limbang digerakkan pada 12 Mac lalu.

“Penubuhan pusat kuarantin ini adalah bertujuan untuk menempatka­n pesakit yang dalam siasatan berdasarka­n hubungan mereka dengan pesakit yang positif COVID-19.

“Pemantauan rapi dapat

Pegawai Daerah Limbang dibuat di pusat kuarantin oleh pihak Kesihatan dan menyekat perhubunga­n dengan masyarakat setempat terutama keluarga terdekat, seterusnya memastikan kemungkina­n rantaian wabak ini dihentikan,” katanya kepada media selepas melawat pusat kuarantin di daerah ini, semalam.

Jelas Superi, beberapa langkah segera diambil Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah Limbang untuk memastikan keselamata­n dan kemudahan pusat kuarantin terbabit dipantau dan ditambah baik berdasarka­n keperluan semasa.

“Antara tindakan yang dilaksanak­an adalah penempatan pihak Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) di setiap pintu masuk ke pusat kuarantin, pendaftara­n pelawat, merekod setiap barangan termasuk makanan yang dibawa ke pusat kuarantin dan memastikan kemudahan asas disediakan dan diselengga­rakan dengan sebaiknya,” jelas beliau.

Beliau mahu semua pihak yang terlibat supaya sentiasa berhubung dengan

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah Limbang agar setiap keperluan diutarakan dengan segera untuk tindakan agensi berkenaan termasuk menangani setiap isu yang dibangkitk­an seperti kekurangan peralatan dan kerosakan yang berlaku.

“Setakat ini kerjasama yang diterima daripada agensi-agensi terbabit amatlah memuaskan dalam memenuhi keperluan yang dibangkitk­an,” ujarnya lagi.

Menurutnya lagi, Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah Limbang terus memastikan dan berusaha memenuhi keperluan kebajikan pasukan pangkalan hadapan dapat disediakan.

“Penyediaan keperluan bantuan ini dapat memberikan motivasi kepada para petugas untuk memberi perkhidmat­an terbaik kepada masyarakat yang memerlukan khidmat mereka.

“Kita berdoa semoga semua terutama petugas barisan hadapan yang terlibat menangani kes COVID-19 ini sentiasa dilindungi dan juga seluruh rakyat sentiasa sihat tanpa jangkitan.

“Inilah pengorbana­n tinggi petugas barisan hadapan yang sanggup menyumbang­kan tenaga dalam memastikan urusan kawalan dan keselamata­n di pusat kuarantin dapat dipantau dengan berkesan,” katanya lagi.

Pada lawatan itu, Superi menyampaik­an sumbangan bantuan keperluan kepada pasukan barisan hadapan termasuk bekalan makanan dan minuman daripada Persatuan Kebajikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Islam Daerah Limbang di asrama Dewan Suarah dan Stadium Tertutup Limbang.

Selain itu, beliau turut menyampaik­an satu set dekoder MyTV sumbangan Kelab Kebajikan Pejabat Daerah Limbang dan Persatuan Kebajikan Ketua Masyakarat dan Ketua Kaum Islam Daerah Limbang kepada pusat kuarantin tersebut.

Turut hadir ialah Pemanca Abu Bakar Tinggal dan Penghulu Latip Tujuh mewakili Persatuan Kebajikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Islam Daerah Limbang.

Penubuhan pusat kuarantin ini adalah bertujuan untuk menempatka­n pesakit yang dalam siasatan berdasarka­n hubungan mereka dengan pesakit yang positif COVID19.

Superi Awang Said

 ??  ?? PRIHATIN: Superi (empat kiri) menyerahka­n barang minuman kepada pasukan kesihatan di pusat kuarantin, semalam dengan disertai Abu (tiga kiri) dan Latip (kanan).
PRIHATIN: Superi (empat kiri) menyerahka­n barang minuman kepada pasukan kesihatan di pusat kuarantin, semalam dengan disertai Abu (tiga kiri) dan Latip (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia