Utusan Borneo (Sarawak)

Huang gesa masyarakat Sarikei patuhi PKP

-

SARIKEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii menyeru masyarakat di Sarikei khususnya agar terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikeluarka­n sejak 18 Mac lalu dan dilanjutka­n sehingga 14 April akan datang.

Katanya, tindakan yang telah diambil kerajaan itu adalah untuk memastikan penyebaran wabak COVID19 dapat dibanteras sepenuhnya.

“Usaha ini adalah untuk memastikan kesihatan, kesejahter­aan dan ketenteram­an semua pihak dapat terpulihar­a.

“Kita sedar pada masa kini, rakyat terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cabaran tetapi semua itu perlu ditempuhi bersama.

“Kerjasama dan komitmen semua pihak amat penting bagi memastikan masalah COVID-19 ini dapat dikekang penularann­ya,” katanya, semalam.

Terdahulu, Huang menghulurk­an sumbangan berupa bahan makanan kepada para petugas keselamata­n di daerah Sarikei yang telah bertugas sepanjang tempoh PKP dijalankan.

Sumbangan tersebut disampaika­n di enam stesen pegawai polis yang menjaga sekatan jalan dan kakitangan perkhidmat­an perubatan di Hospital Sarikei.

“Kita ingin mengucapka­n terima kasih kepada semua barisan hadapan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam PKP ini di atas pengorbana­n mereka.

“Jasa anda amat kami hargai. Oleh itu kepada penduduk di Sarikei, sebagai tanda terima kasih kita kepada mereka kita perlulah bersama-sama menyahut seruan #StayAtHome untuk manfaat dan kebaikan bersama,” tegas Huang lagi.

Sumbangan tersebut telah disampaika­n Kapitan Ling Dien Yong sebagai wakil Huang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia