Utusan Borneo (Sarawak)

SOP perlu dalam urusan sumbangan awam kepada petugas barisan hadapan

-

MIRI: Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) perlu mengeluark­an garis panduan atau Prosedur Operasi Standard (SOP) yang jelas terhadap sumbangan awam dan syarikat yang diterima untuk petugas dan hospital ketika penularan wabak COVID-19.

Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Sarawak Senator Alan Ling berkata, ia merupakan langkah perlindung­an awal untuk warga hospital secara keseluruha­n termasuk pesakit lain.

“Orang awam prihatin kesukaran dihadapi barisan hadapan khasnya pasukan perubatan yang kini berdepan kekurangan bekalan.

“Mereka memerlukan sokongan dan galakan dari awam yang kini ramai tampil menghulurk­an sumbangan,” ujarnya.

“Bagaimanap­un orang tidak dijelaskan tentang langkah-langkah yang perlu dibuat ketika menderma kepada pihak hospital.

“Pihak hospital juga tidak memiliki kuasa untuk mengemukak­an surat memohon derma kepada awam kecuali mendapat arahan daripada KKM,” jelas Alan.

Beliau memberitah­u, surat dengan lampiran garis panduan tentang derma awam harus dikemukaka­n oleh KKM dan diagihkan kepada Pengarah Hospital sebagai rujukan dan panduan.

Alan menambah, dokumen sokongan juga harus dilampirka­n agar untuk bekalan dari luar negara agar mencapai tahap keselamata­n dan kualiti yang diperlukan.

Beliau berharap unit pengurusan KKM akan mencari cara untuk membantu penyertaan awam untuk menyokong hero barisan hadapan kita.

Antara yang diperlukan ialah peralatan perlindung­an diri seperti sut coverall, penutup kepala, sut pengasinga­n, penutup kasut but, topeng N95 dan perisai muka untuk melindungi mereka daripada dijangkiti COVID-19.

 ??  ?? ALAN
ALAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia