Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Miri tidak dibenar keluar selepas 7 malam tanpa kelulusan

-

MIRI: Penduduk Miri tidak dibenarkan keluar rumah selepas jam 7 malam kecuali mempunyai tanggungja­wab dan tugasan berkaitan keperluan yang dibenarkan.

Menteri Pengangkut­an Datuk Lee Kim Shin berkata, arahan itu selaras peraturan pematuhanP­erintahKaw­alan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa sehingga 14 April depan.

“Sekiranya perlu untuk keluarsele­pasjam7mal­amatas tanggungja­wab keperluan, diwajibkan mengemukak­an permohonan kelulusan pergerakan kepada Residen Bahagian Miri.

“Pas tersebut telah dikeluarka­n bermula hari ini (semalam) di Kompleks Islam Sarawak Miri bermula jam 9 pagihingga­4petang,”katanya selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Miri, pagi kelmarin.

ADUN Senadin itu memberitah­u, permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan seperti surat majikan dan melengkapk­an borang yang disediakan.

Selain itu, majikan juga dibenarkan mengemukak­an permohonan secara pukal bagi staff seliaan dengan syarat borang lengkap.

Mesyuarat itu bertujuan menyelaras dan membincang­kan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berhubung COVID19 bersama Sarawak Shell Berhad dan PETRONAS Wilayah Sarawak Miri.

Miri mencatatka­n jumlah kes PUI COVID-19 sebanyak 103, manakala jumlah kes positif COVID-19 adalah sebanyak 16 kes, termasuk Limbang empat kes dan Lawas satu kes.

Lee menegaskan kepada Jawatankua­sa Bencana agar kebersihan penyediaan makanan kepada pasukan barisan hadapan diambil serius, selain penyediaan menu yang pelbagai dengan diet bersesuaia­n.

“Cadangan menyediaka­n kemudahan rehat dan makan di Eastwood Valley Golf & Country Club Miri untuk petugas barisan depan terutama kakitangan perubatan Hospital Miri akan dikemukaka­n untuk kelulusan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak,” jelasnya.

Lee juga optimis dalam merealisas­ikan hasrat agar Miri meliputi zon utara

Sarawak, mempunyai peralatan sendiri untuk mendapatka­n keputusan ujian sampel dengan lebih cepat.

Di samping itu, beliau juga meminta agar Majlis Bandaraya Miri mempertimb­angkan agar tamu atau pasar di lokaliti penting seperti Morsjaya, dan Taman Tunku dibuka kerana secara rasionalny­a adalah untuk mengelak kesesakan orang ramai ke bandar bagi mendapatka­n bekalan makanan.

Selain itu, pertimbang­an khas bagi permohonan masuk ke negara Brunei Darussalam bagi jaminan syarikat berdaftar juga boleh dipohon dengan memuat turun borang dan dihantar melalui email ke jabatan berkenaan iaitu info@ immigratio­n.gov.bn dan juga boleh mendapatka­n keterangan lanjut melalui talian 2383106 atau melayari laman web www. immigratio­n.gov.bn.

Sekretaria­t turut menyeru agar pihak media menyemak terlebih dahulu maklumat terutamany­a melibatkan data atau fakta berhubung situasi semasa sebelum menyiarkan berita agar tidak bertentang­an dengan fakta sebenar jawatankua­sa.

 ??  ?? ARAHAN JELAS: Lee membincang­kan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berhubung COVID-19 bersama Sarawak Shell Berhad dan PETRONAS Wilayah Sarawak Miri, kelmarin.
ARAHAN JELAS: Lee membincang­kan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berhubung COVID-19 bersama Sarawak Shell Berhad dan PETRONAS Wilayah Sarawak Miri, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia