Utusan Borneo (Sarawak)

Pembayaran elaun fasa kedua PJM hujung bulan ini

-

SIBU: Pembayaran elaun fasa kedua Pingat Jasa Malaysia (PJM) seperti yang telah diumumkan oleh kerajaan sebelum ini akan dilaksanak­an hujung bulan ini.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak (PVTMS) Francis Yeo Wan Hui berkata, ini berdasarka­n kepada kenyataan Menteri Pertahanan baru-baru ini.

Justeru itu, beliau menasihati para veteran agar bersabar dan diharap dengan wang tersebut sedikit sebanyak dapat meringanka­n beban yang ditanggung dalam keadaan sukar seperti sekarang.

“Persatuan menerima banyak pertanyaan daripada veteran yang bertanya mengenai status pembayaran elaun Pingat Jasa Malaysia seperti yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan sebelum ini,” ujarnya dalam satu kenyataan media, semalam.

Yeo juga memberitah­u, segala urusan di pejabat PVTMS dihentikan buat sementara waktu sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang diarahkan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM).

“Sebarang urusan bagi penyerahan borang permohonan Bantuan Kebajikan oleh veteran akan disambung semula selepas tamat tempoh PKP.

“Selain itu, kita menasihati veteran agar tidak panik dalam berbelanja supaya perbelanja­an dapat diurus dengan baik,” jelas Yeo.

Beliau turut menasihati veteran, khususnya yang menghidap penyakit kronik agar sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan diri serta kediaman untuk mengurangk­an risiko jangkitan mahupun penyebaran wabak.

Merujuk kepada PKP akibat daripada penularan wabak Covid-19, Yeo menasihati veteran agar mematuhi arahan yang telah dikeluarka­n supaya wabak ini dapat dikekang.

“Para ahli dinasihatk­an untuk sentiasa berada di rumah sekiranya tidak ada keperluan untuk keluar,” ujarnya sambil menasihati veteran menggunaka­n penutup hidung sekiranya mereka terpaksa keluar rumah atas apa jua urusan.

Yeo menyatakan bahawa persatuan akan sentiasa menyalurka­n sebarang maklumat terkini yang dikeluarka­n oleh pihak JHEV ATM khususnya mengenai sebarang bantuan yang diagihkan untuk para veteran supaya semua veteran tidak terkecuali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia