Utusan Borneo (Sarawak)

Hanya peniaga barang basah, kering di Sibu Jaya dibenarkan beroperasi

-

SIBU: Hanya peniaga barang basah dan kering sahaja dibenarkan beroperasi di Pasar Awam dan Tamu di Sibu Jaya, di sini.

Setiausaha Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Justani Joni berkata, perkara itu termaktub dalam larangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana semua pergerakan dan perhimpuna­n ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya dilarang sama sekali.

Katanya, MDLBS akan bekerjasam­a dengan semua agensi penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), bagi memastikan semua pihak patuh kepada arahan yang dikeluarka­n.

“Sepanjang tempoh PKP hanya pasar awam dan penjaja menjual barangan basah serta keperluan dapur dibenarkan beroperasi sehingga jam 7 petang.

“Jadi saya mohon penjaja harian supaya patuh terhadap arahan yang telah dikeluarka­n kerajaan,” katanya semasa ditemui semalam.

Terdahulub­eliaumenge­tuai anggota penguatkua­sa MDLBS melakukan tinjauan di sekitar pasar tamu di sini.

Menurut Justani, terdapat 40 peniaga barang basah dan kering di Pasar Tamu Sibu

Jaya, manakala selebihnya ialah penjaja harian.

Ditanya mengenai kekecohan melibatkan penjaja harian dengan sekumpulan anggota penguat kuasa di pasar tamu berkenaan pada

Selasa, Justani memberitah­u pihaknya sedang meneliti perkara itu.

Ujar beliau, kejadian seumpama itu diharapkan tidak kembali berulang pada masa akan datang.

“Mana-mana pihak yang ingkar sepanjang tempoh ini (PKP) kita tidak teragakaga­k meminta bantuan polis untuk mengambil tindakan,” jelasnya.

Pada Selasa, satu klip video mengenai insiden kekecohan di pasar tamu tersebut telah tular di media sosial.

Bercakap lanjut, Justani berharap orang ramai patuh dan tidak melanggar PKP bagi memastikan rantaian wabak Covid-19 dapat dihentikan.

Katanya,kedegiland­ansifat pentingkan diri sendiri dalam situasi kritikal sekarang akan hanya menyusahka­n pelbagai pihak khususnya yang berada di barisan hadapan.

 ??  ?? TEGAS: Justani memberi penerangan sebelum mengetuai anggota penguatkua­sa MDLBS melakukan pemantauan di Pasar Tamu Sibu Jaya semalam.
TEGAS: Justani memberi penerangan sebelum mengetuai anggota penguatkua­sa MDLBS melakukan pemantauan di Pasar Tamu Sibu Jaya semalam.
 ??  ?? PANTAU: Anggota polis dan penguat kuasa MDLB berganding bahu bagi memastikan peniaga di pasar tamu mematuhi perintah yang dikeluarka­n.
PANTAU: Anggota polis dan penguat kuasa MDLB berganding bahu bagi memastikan peniaga di pasar tamu mematuhi perintah yang dikeluarka­n.
 ??  ?? PAULUS
PAULUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia