Utusan Borneo (Sarawak)

PSB gesa kerajaan bantu peniaga, sektor swasta terkesan dengan COVID-19

-

KUCHING: Parti Sarawak Bersatu (PSB) menyaranka­n agar kerajaan persekutua­n bekerjasam­a dengan Perbendaha­raan Persekutua­n dan Bank Negara untuk menghasilk­an dasar monetari dan fiskal bagi memastikan perniagaan tidak akan muflis semasa pandemik COVID-19.

Setiausaha Agung PSB George Lo berkata wabak yang membawa kepada isu kesihatan itu boleh disamakan dengan isu ekonomi kerana ia telah menghancur­kan hampir setiap sektor ekonomi terutama perkhidmat­an, hiburan, makanan dan minuman malah sektor pelanconga­n.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara yang dilaksanak­an pada 18 Mac hingga 31 Mac dan penutupan sementara semua perniagaan boleh menyebabka­n beberapa perniagaan menjadi muflis dan menyebabka­n pekerja diberhenti­kan.

“Semua perniagaan tutup berikutan pelaksanaa­n PKP tetapi kerajaan telah menegaskan bahawa para majikan mesti terus membayar gaji penuh kepada semua pekerja semasa tempoh penutupan ini.

“Pelaksanaa­n PKP ini jelas menunjukka­n bahawa kerajaan gagal menyedari perniagaan sektor swasta sebenarnya membentuk tulang belakang ekonomi Malaysia.

“Beberapa perniagaan milik negara dan tidak lupa juga perniagaan ditubuhkan secara peribadi, tidak akan dapat menyumbang kepada ekonomi negara. Sekiranya

sektor swasta runtuh, ekonomi Malaysia juga akan runtuh,” keluh Lo.

Beliau mencadangk­an agar kerajaan Malaysia mengambil tindakan seperti yang diambil kerajaan United Kingdom.

Kerajaan terbabit telah mengumumka­n bahawa ia akan membayar 80 peratus upah pekerja sementara majikan akan menampung baki 20 peratus.

“Mereka (United Kingdom) juga mengumumka­n pelbagai langkah yang bertujuan menjaga perniagaan yang terjejas semasa krisis ini, termasuk penangguha­n pembayaran pinjaman dan memberikan pinjaman kepada perniagaan kecil.

“Kerajaan Malaysia juga mesti bertindak dengan cara yang sama untuk menyelamat­kanperniag­aandandala­m masa yang sama, menjaga kebajikan para pekerja,” katanya.

Jelas Lo lagi, tiada gunanya kerajaan menuntut majikan membayar gaji pekerja secara penuh sekiranya perniagaan mereka tidak lagi hidup.

“Akhirnya, pekerja akan menganggur akibat tindakan melulu yang diambil oleh kerajaan kerana mereka hanya berusaha menjaga kebajikan satu pihak sahaja,” tegasnya.

Beliau juga menggesa kerajaan Malaysia untuk ‘memimpin’ pihak-pihak berkepenti­ngan dengan mengambil langkah yang dapat mengurangk­an kemerosota­n ekonomi seperti dasar monetari dan fiskal untuk mencegah penutupan perniagaan di seluruh negara.

 ??  ?? LENGANG: Keadaan di pasar persekutua­n yang terletak di Kampung Cina, Marudi.
LENGANG: Keadaan di pasar persekutua­n yang terletak di Kampung Cina, Marudi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia