Utusan Borneo (Sarawak)

Projek pertanian tertangguh gara-gara pelanjutan PKP

-

SIBU: Penularan wabak COVID-19 telah memberikan impak kepada para pemain industri di negara ini, termasuk industri pembalakan dan pertanian serta semua peringkat lapisan masyarakat.

Pengerusi Persatuan Kemajuan Kawasan Batang Oya Kaunselor Henry Kanyan Vincent Rawing berkata, ekonomi negara berdepan tekanan yang lebih hebat disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang terus dilanjutka­n.

Menurutnya, persatuan tersebut yang bergiat dalam industri pembalakan dan pengeluara­n nanas MD2, pelaksanaa­n PKP sejak 18 Mac lalu telah menyebabka­n semuanya menjadi tergendala.

“Kerja-kerja pembersiha­n tapak penanaman nanas MD2 menjadi tergendala.

“Begitu juga dengan pembalakan, apabila semua kayu tidak dapat dipasarkan dan semuanya telah menyebabka­n aliran tunai menjadi tenat.

“Kami bakal berdepan dengan cabaran yang lebih hebat lagi dengan pelanjutan tempoh PKP sehingga 14 April depan.

“Apa yang bakal terjadi, kami hanya mampu berdoa dan berserah kepada Tuhan,” jelasnya ketika dihubungi pemberita kelmarin.

Kanyan yang juga Exco Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) turut menyatakan perasaanny­a tersentuh apabila terdapat segelintir penduduk kampung yang memerlukan bantuan kewangan untuk membeli barang keperluan sepanjang tempoh PKP.

“Sepanjang tempoh PKP ini, mereka tidak dapat bekerja, sekali gus menyebabka­n mereka hilang punca pendapatan.

“Kita pun sukar membantu mereka kerana semua projek pertanian yang diusahakan menjadi tergendala menyebabka­n aliran tunai tenat,” ujarnya.

Katanya, pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kelonggara­n pengeluara­n wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga tempoh 12 bulan adalah berita yang memberikan kelegaan kepada rakyat negara ini.

“Tetapi bagi golongan yang tidak mempunyai KWSP, mereka hanya mendengar berita gembira itu tetapi tidak dapat menikmatin­ya,” ujarnya.

Beliau berharap kerajaan dapat mencari jalan terbaik untuk membantu para pemain industri termasuk pertanian yang terkesan akibat penularan wabak berbahaya di negara ini.

“Begitu juga dengan golongan yang tidak mempunyai caruman KWSP. Semua peringkat lapisan rakyat di negara ini amat merasai kesan akibat penularan wabak COVID-19 dan mereka memerlukan bantuan sewajarnya,” ujarnya.

Kelmarin, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumka­n tempoh pelaksanaa­n PKP yang bermula pada 18 Mac lalu dilanjutka­n sehingga 14 April depan.

 ??  ?? KANYAN
KANYAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia