Utusan Borneo (Sarawak)

Pekan Marudi lengang sejak PKP dilaksanak­an

-

MARUDI: Pekan ini yang sentiasa sibuk dengan kehadiran para pengunjung sama ada dari Miri mahupun Brunei yang hendak membeli ikan, sayur-sayuran dan sebagainya terutama udang galah, mulai lengang dan sunyi sejurus Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an.

Tinjauan Utusan Borneo mendapati tempat tumpuan untuk berjual beli terutama pasar basah turut sunyi dan yang kelihatan hanya seorang dua pelanggan yang keluar untuk membeli barang keperluan dan makanan kelmarin.

Kesemua empat lorong di pekan ini turut ditutup, hanya kedai runcit dan kedai menjual barang keperluan masih dibuka walaupun seketika, kecuali sebuah pasar raya di sini yang dibuka hingga jam 6 petang.

Sementara kedai makan dan minum pula dibuka mulai jam 7 pagi dan tutup dua jam kemudian memandangk­an tidak ada pelanggan yang datang dan mereka yang datang pula hanya dibenar membeli secara bungkus sahaja.

Keadaan ini mungkin disebabkan penduduk pekan ini amat patuh dengan arahan dan larangan sepanjang PKP berkuat kuasa hingga tiada yang berani keluar rumah.

Apatah lagi dengan pihak polis yang sentiasa memantau keadaan dan setiap hari, juga polis Marudi menggunaka­n pembesar suara mengingatk­an orang ramai agar tidak keluar rumah jika tiada urusan penting.

Amaran melalui pembesar suara itu bukan sahaja dilakukan di sekitar pekan malah, hingga ke rumah panjang sekitar kawasan Marudi terutama yang berdekatan dengan jalan raya.

Selain itu, sekatan jalan raya di Marudi hanya dilakukan berdekatan pangkalan feri Sungai Ridan dan feri Marudi oleh anggota polis dan juga sekatan jalan di kawasan pejabat JKR, iaitu menerusi Jalan Poyut-Lubok Nibong.

 ??  ?? LENGANG: Keadaan pekan Marudi yang sunyi sepi.
LENGANG: Keadaan pekan Marudi yang sunyi sepi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia