Utusan Borneo (Sarawak)

Agong dan Raja Permaisuri jalani kuarantin diri

Susulan tujuh petugas Istana Negara disahkan positif COVID-19 dan kini jalani rawatan di Hospital KL

-

“Lanjutan

daripada proses saringan ini, Seri Paduka Baginda berdua sedang menjalani kuarantin diri selama 14 hari, mulai kelmarin.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h sedang menjalani kuarantin diri selama 14 hari, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.

“Seri Paduka Baginda berdua menjalani saringan kesihatan dan pengesanan COVID-19 dan disahkan negatif.

“Lanjutan daripada proses saringan ini, Seri Paduka Baginda berdua sedang menjalani kuarantin diri selama 14 hari, mulai kelmarin,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata ini berikutan tujuh petugas Istana Negara disahkan positif COVID-19 dan kini menjalani rawatan di

Hospital Kuala Lumpur.

Ahmad Fadil berkata sehubungan itui, Al-Sultan Abdullah telah dinasihatk­an tidak mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat mingguan PraKabinet yang dijadualka­n kelmarin dan sesi-sesi berikutnya sehingga situasi pandemik COVID-19 pulih.

“Seri Paduka Baginda menzahirka­n sokongan kepada pengumuman awal keputusan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan hingga 14 April ini. Seri Paduka Baginda turut berharap semua rakyat Malaysia tabah menghadapi dugaan dan terus memberi sokongan kepada petugas-petugas kesihatan dan keselamata­n,” katanya.

Bersempena dengan sambutan Hari Polis ke-213 kelmarin, Yang di-Pertuan Agong turut menzahirka­n penghargaa­n dan ucapan terima kasih kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas komitmen dan ketabahan menjalanka­n tanggungja­wab dalam memastikan Perintah Kawalan Pergerakan dipatuhi bagi membendung pandemik COVID-19 di negara ini.

Al-Sultan Abdullah turut menitahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, akan cadangan untuk melaksanak­an solat hajat serentak di seluruh negara pada hari yang akan ditentukan untuk kesejahter­aan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini.

Kelmarin, Zulkifli dalam kenyataann­ya berkata menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong agar rakyat menunaikan solat di rumah atau tempat masing-masing bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19 di seluruh negara, sekali gus menangguhk­an aktiviti masjid dan surau bagi mematuhi perintah kawalan itu.

Mengenai jangkitan COVID-19 petugas Istana Negara, Datuk Pengelola Bijaya Diraja berkata Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengenal pasti punca jangkitan COVID-19 itu dan Pusat Kesihatan Kepong sedang mengesan semua kontak rapat dan mereka yang bertugas bersama tujuh petugas berkenaan.

“Kesemua kontak rapat dan kakitangan tersebut telah diarahkan menjalani proses saringan jangkitan COVID-19. Untuk memastikan pendedahan virus ini dapat dikawal dan dicegah di Istana Negara, kesemua kontak rapat dan kakitangan tersebut turut diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari, mulai kelmarin,” katanya.

Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin

Datuk Pengelola Bijaya Diraja

Ahmad Fadil berkata Istana Negara akan terus melaksanak­an kerja-kerja pembersiha­n dan pembasmian kuman yang menyeluruh mengikut garis panduan keselamata­n dan kesihatan ditetapkan KKM.

Pihak pengurusan Istana Negara sentiasa memastikan tahap kesihatan dan persekitar­an kondusif yang maksimum di Istana Negara mengikut tatacara serta panduan KKM.

“Langkah-langkah awal untuk memastikan kesejahter­aan para pegawai dan petugas di Istana Negara sentiasa diberi keutamaan oleh Seri Paduka Baginda dan ia telah dilaksanak­an sebelum Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan.

“Istana Negara akan terus memberi bekerjasam­a penuh kepada Kementeria­n Kesihatan Malaysia dalam memastikan jangkitan pandemik ini dibendung dengan segera dan berkesan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia