Utusan Borneo (Sarawak)

Unifi bantu PKS dan perniagaan tempatan yang terjejas akibat PKP

-

KUCHING: Berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diteruskan sehingga 14 April 2020, Unifi membuat tawaran istimewa berhubung pelan-pelan tanpa had bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan yang kini bekerja dari rumah.

Unifi menawarkan pelanpelan data mudah alih yang lebih fleksibel dan telah mengumumka­n tawaran Pas hotspot LTE 999GB secara percuma untuk pelan unifi mudah alih tanpa had.

Manakala Pas data LTE tanpa had selama 7 hari juga diberikan untuk pelan mudah alih prabayar #BEBAS, dan akses PERCUMA untuk semua saluran unifi TV termasuk saluran premium dan potongan 20% bagi pembelian Video-on-demand.

Jelasnya, ia dibuat sebagai usaha untuk membantu pelanggan untuk kekal berhubung semasa mereka menjalanka­n tugasan, belajar dan meluangkan masa bersama orang tersayang di rumah masing-masing semasa tempoh PKP.

Dalam pada itu, Ketua

Pegawai Komersil TM Anand Vijayan berkata, melalui tawaran ini, PKS boleh kekal produktif sepanjang PKP tanpa sebarang kerisauan tentang kehabisan data hotspot mereka.

“PKS juga merupakan tulang belakang ekonomi negara. Justeru, Unifi membantu menghubung­kan mereka dengan mengenal pasti tiga cabaran utama perniagaan sepanjang PKP.

“Ia terdiri daripada mengekalka­n kesalinghu­bungan, peluang pemasaran yang terhad dan pembiayaan yang fleksibel,” jelas beliau menerusi satu kenyataan akhbar semalam.

Dalam masa yang sama Anand menjelaska­n, tawaran Unifi ini membolehka­n perniagaan PKS kekal tangkas, mengatasi halangan dan meneruskan peranan sebagai pembekal produk dan perkhidmat­an yang berkesan kepada masyarakat.

Unifi juga ingin mengingatk­an PKS untuk memanfaatk­an tawaran tersebut dan menggalakk­an mereka menggunaka­n alatan produktivi­ti dalam talian pilihan mereka (sebagai contoh G Suite untuk mencipta dokumen atau Zoom untuk persidanga­n video) bagi membolehka­n mereka menyelesai­kan tugasan secara lebih efektif di rumah.

Semua pelanggan PKS Unifi juga akan diberikan akses percuma ke platform Penyelesai­an Pemasaran Digital (Digital Marketing Solutions) bersepadu Unifi.

“Platform ini memberikan pengguna akses mudah kepada alatan pemasaran digital seperti Instaweb, Google Ads, dan Facebook Ads.

“Para pelanggan berpeluang menikmati diskaun sehingga 20 peratus apabila mereka melanggan peralatan ini. Mereka yang berminat boleh melayari www.yellowpage­s.my untuk mendapatka­n maklumat lanjut,” ujarnya lagi.

Bagi pelanggan Unifi yang memerlukan sokongan teknikal atau bantuan berkenaan akaun mereka, bolehlah mengunjung­i portal khidmat pelanggan di laman web Unifi, aplikasi myunifi, dan platform media sosial di Facebook @weareunifi dan Twitter @helpmeunif­i.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia