Utusan Borneo (Sarawak)

Topeng muka percuma kepada 8.63 juta isi rumah: Ismail Sabri

-

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengagihka­n topeng muka percuma kepada 8.63 juta isi rumah di seluruh negara secara berperingk­at dalam waktu terdekat ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata topeng muka berkenaan akan diedarkan melalui jawatankua­sa bencana negeri dan daerah.

“Kita sedang menungguny­a dari negara yang kita import dan apabila sampai ke negara kita dalam waktu terdekat, kita akan edarkan secara berperingk­at,” kata Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan selepas mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa Khas Menterimen­teri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.

Menurutnya topeng muka berkenaan tidak diperoleh secara percuma sebaliknya dibeli oleh kerajaan.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata Tabung COVID-19 telah menerima sumbangan sebanyak RM8.129 juta setakat ini.

Beliau berkata pada peringkat awal, sebanyak 70 peratus atau RM5.86 juta daripada sumbangan itu akan digunakan untuk membantu rakyat terutamany­a golongan miskin yang terkesan akibat pelaksanaa­n PKP.

Bantuan dalam bentuk bekalan makanan pula akan diagihkan oleh Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kepada mereka yang memenuhi syarat-syarat ditetapkan.

Mengenai rakyat Malaysia termasuk pelajar yang terkandas di luar negara, Ismail Sabri berkata ramai daripada mereka yang ingin pulang tetapi sesetengah negara telah mengambil tindakan menyekat penerbanga­n keluar dan masuk ke negara berkenaan.

Berikutan itu, katanya, Kementeria­n Luar dan Jabatan Imigresen diminta memperkena­lkan prosedur operasi standard (SOP) untuk menyelesai­kan isu itu.

“Kita sedang menunggu mereka untuk membentang­kan SOP baharu tentang bagaimana untuk membawa masyarakat kita pulang dari luar negara,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri mengulangi peringatan kepada masyarakat supaya tidak menyebarka­n berita palsu yang boleh menghuruha­rakan keadaan.

“Masih banyak berita palsu yang dikeluarka­n ...tiada untungnya kepada sesiapa dengan mengeluark­an berita palsu ini,” tegasnya.

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMALAH: Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada majlis penyerahan penutup hidung dan mulut di Wisma Pertahanan di Kuala Lumpur semalam. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima sebanyak 50,000 keping penutup hidung dan mulut untuk kegunaan penugasan anggota semasa Perintah Kawalan Pergerakan daripada pihak Titijaya Land Sdn Bhd.
— Gambar Bernama TERIMALAH: Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada majlis penyerahan penutup hidung dan mulut di Wisma Pertahanan di Kuala Lumpur semalam. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima sebanyak 50,000 keping penutup hidung dan mulut untuk kegunaan penugasan anggota semasa Perintah Kawalan Pergerakan daripada pihak Titijaya Land Sdn Bhd.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia