Utusan Borneo (Sarawak)

PKP: KPDNHEP beri jaminan bekalan barangan keperluan mencukupi

-

KUALA LUMPUR: Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi memberi jaminan bekalan barangan keperluan adalah mencukupi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuas­akan.

Beliau berkata kementeria­nnya bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan untuk melakukan perjumpaan dengan pemain industri bekalan makanan dari semasa ke semasa agar orang ramai tidak melakukan pembelian panik susulan tempoh PKP dilanjutka­n sehingga 14 April ini.

“Saya dan Timbalan Menteri telah melakukan lawatan mengejut ke beberapa pasar raya dan (melakukan) tinjauan. Maklum balas daripada penguat kuasa KPDNHEP di seluruh negara mendapati stok bekalan keperluan mencukupi dan tiada kenaikan harga.

“Bagi memastikan bekalan barangan makanan terjamin dan tidak berlaku kenaikan harga, seramai 2,500 penguat kuasa KPDNHEP telah digerakkan di seluruh negara,” katanya dalam Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) mengenai situasi semasa bekalan barang keperluan yang disiarkan oleh semua stesen televisyen di sini, semalam.

Beliau berkata KPDNHEP akan mengambil tindakan tegas jika terdapat peniaga yang melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011.

Nanta turut mengingatk­an semua peniaga termasuk penjualan menerusi dalam talian (e-dagang) supaya bersikap jujur, beretika dan tidak mengambil kesempatan dalam situasi ketika ini.

“Saya juga ingin memberi peringatan kepada peniaga, jangan sekalikali menyorok barangan keperluan dengan tujuan untuk mengaut keuntungan. Jadilah pengguna bestari dan peniaga beretika.

“Saya faham kesukaran yang dihadapi pengguna ketika ini. Rancanglah perbelanja­an anda secara berhemat. Jangan membeli secara berlebihan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia