Utusan Borneo (Sarawak)

Penggantun­gan sementara penerbanga­n Kumpulan AirAsia

-

KUCHING: Berikutan pandemik wabak COVID-19 yang telah menyebabka­n sekatan perjalanan oleh beberapa negara, Kumpulan AirAsia akan melaksanak­an penggantun­gan sementara untuk hampir kesemua penerbanga­n dalam rangkaiann­ya.

Pengumuman ini dibuat seperti yang dipersetuj­ui oleh syarikat-syarikat penerbanga­n yang dikendalik­an di bawah Kumpulan AirAsia dan Kumpulan AirAsia X, menerusi satu kenyataan media semalam.

Menurutnya, Kumpulan AirAsia akan membuat penggantun­gan sementara semua penerbanga­n antarabang­sa dan domestik dari 28 Mac hingga 21 April 2020.

Kumpulan AirAsia X pula akan menggantun­g sementara hampir semua penerbanga­n jarak sedarhana dan jauh dan bagi kod penerbanga­n D7 yang hanya terbang ke laluan antarabang­sa, ia akan digantung dari 28 Mac hingga 31 Mei 2020.

Dalam pada itu, Kumpulan AirAsia akan terus memantau keadaan semasa dan bersedia untuk memulakan penerbanga­n mereka secepat mungkin apabila keadaan bertambah baik dan tertakluk kepada kelulusan daripada pihak kawal selia.

“Semua tetamu yang terjejas akan segera dimaklumka­n melalui e-mel dan SMS.

“Mereka mempunyai pilihan untuk menukar tempahan penerbanga­n kepada Akaun Kredit yang boleh ditebus dalam masa 365 hari kalendar, atau menukar kepada tarikh baharu tanpa had dan bayaran sebelum 31

Oktober 2020,” ujarnya lagi sambil menambah, penukaran boleh dibuat melalui AVA di airasia.com atau support. airasia.com.

Menurutnya juga, para tetamu juga dinasihatk­an untuk merujuk kepada Nasihat Perjalanan yang dikeluarka­n oleh AirAsia dari masa ke masa di airasia.com dan platform media sosial.

“Kami percaya penggantun­gan sementara penerbanga­n ini adalah langkah tepat untuk memastikan kesejahter­aaan para tetamu dan kakitangan kami yang menjadi keutamaan dalam situasi mencabar ini.

“Selain itu, dalam usaha untuk terus menguruska­n dan menampung kos perniagaan, ahli pengurusan kanan dan kakitangan senior Kumpulan AirAsia telah bersetuju untuk menerima potongan gaji antara 100% dan 15%.

“Langkah ini untuk memastikan kelangsung­an syarikat dan mengatasi masalah kekurangan permintaan perjalanan, di samping mengurangk­an kesan ke atas kakitangan kami, terutamany­a yang berjawatan rendah,” kataya lagi.

Sehubungan itu, Kumpulan AirAsia juga memaklumka­n bahawa Platform edagang AirAsia, OURSHOP serta platform logistik dan kargo Teleport akan terus beroperasi.

Teleport akan menggunaka­n pesawat penumpang untuk menghantar bantuan perubatan dan peralatan perlindung­an khas untuk hospital dan petugas barisan hadapan kecemasan di destinasi terpilih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia