Utusan Borneo (Sarawak)

Digi tawar akses pembelajar­an menarik untuk pelanggan duduk di rumah

-

KUCHING: Digi Telecommun­ications Sdn Bhd (Digi) menawarkan rakyat Malaysia akses kepada aktiviti pembelajar­an yang menyeronok­kan dan berkualiti, khas buat keluarga yang duduk di rumah dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Kerajaan (PKP).

Aplikasi dan perkhidmat­an ‘edutainmen­t’ yang menarik itu ditawarkan dengan diskaun istimewa atau percubaan percuma melalui MyDigi Subscripti­ons oleh EasyAdd.

Pengguna yang tidak menggunaka­n talian Digi juga boleh mengakses dan melanggan mana-mana perkhidmat­an ini melalui www.easyadd.my.

Antara aplikasi yang ditawarkan adalah ‘JomStudi’, ‘Classruum’, ‘Me Books’, ‘Atom & The Dot’, ‘Veative’, ‘Hopster’ dan maklumat lanjut tentang perkhidmat­an pembelajar­an ini boleh dilayari di http://digi.my/stayhomeed­u.

Dalam pada itu, pelanggan Digijugabe­rpeluangme­nikmati percubaanp­ercumasela­maseminggu menerusi platform penstriman video seperti Amazon Prime Video dan MUBI SINEMA untuk hiburan berkualiti semasa PKP.

Melaluinya, para pelanggan boleh menonton siri menarik seperti Hunters and Star Trek: Picard di Amazon Prime Video dan juga boleh menonton filem-filem menarik di Mubi Sinema.

Pelanggan juga boleh memilih untuk meneruskan langganan selepas tempoh percubaan percuma melalui MyDigi Subscripti­ons oleh EasyAdd.

Untuk senarai semua perkhidmat­an hiburan, sila layari http://digi.my/stayhomewa­tch.

MyDigi Subscripti­ons oleh EasyAdd menawarkan pelanggan kemudahan untuk melanggan dan menguruska­n pelbagai perkhidmat­an langganan menerusi satu platform.

Pelanggan Digi juga boleh menguruska­n langganan mereka secara mudah dalam satu bil dan pembayaran boleh dibuat melalui bil telefon mereka atau melalui kredit prabayar.

EasyAdd juga membolehka­n pembayaran debit dan kad kredit khusus bagi pelanggan yang tidak menggunaka­n talian Digi.

 ??  ?? PATUHI PKP: Pelbagai platform penstriman video ditawarkan oleh MyDigi Subscripti­ons oleh EasyAdd bagi pelanggan yang duduk di rumah semasa PKP.
PATUHI PKP: Pelbagai platform penstriman video ditawarkan oleh MyDigi Subscripti­ons oleh EasyAdd bagi pelanggan yang duduk di rumah semasa PKP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia