Utusan Borneo (Sarawak)

SSM dijangka lanjut tempoh penutupan operasi

-

KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) dijangka akan melanjutka­n tempoh penutupan sementara operasinya di seluruh negara berikutan lanjutan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April, 2020.

PKP tersebut dilaksanak­an di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 untuk mengekang penularan wabak COVID19.

Dalam kenyataan, SSM berkata penutupan sementara operasi ini akan melibatkan perkhidmat­an kaunter, dalam talian, e-aduan, kiosk dan perkhidmat­an pusat panggilan SSM sehingga perintah kawalan berakhir.

“Semua transaksi di bawah Akta Syarikat 2016, Akta Pendaftara­n Perniagaan 1956 dan Akta Perkongsia­n Liabiliti Terhad 2012 perlu diserah simpan atau dikemukaka­n kepada Pendaftar selepas tempoh perintah kawalan berakhir.

“Tempoh moratorium selama dua minggu selepas tempoh perintah kawalan berakhir akan diberikan bagi membolehka­n permohonan atau serah simpan dibuat. Dalam tempoh moratorium tersebut, fi lewat serah simpan akan dikecualik­an,” menurut SSM.

Katanya syarikat yang ingin membuat permohonan untuk melanjutka­n tempoh mengadakan mesyuarat agung tahunan bagi tempoh melebihi enam bulan dari tahun kewanganny­a berakhir boleh mengemukak­an permohonan tersebut selepas tempoh PKP berakhir.

Dalam pada itu, SSM berkata ia akan sentiasa peka dan memantau perkembang­an terkini mengenai wabak COVID-19 yang dikeluarka­n oleh kerajaan dan memaklumka­n kepada pihak awam berhubung keputusan membabitka­n SSM.

“Operasi SSM akan kembali beroperasi seperti biasa selepas PKP berakhir dan tertakluk kepada arahan terkini yang dikeluarka­n kerajaan,” menurut SSM.

Katanya maklumat lanjut akan menyusul di portal www. ssm.com.my dan laman media sosial SSM. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia