Utusan Borneo (Sarawak)

HLG pastikan pengguna terus mendapat bekalan daging, elakkan panik

-

KUALA LUMPUR: Pembekal haiwan ternakan, Harris Luqman Group Sdn Bhd (HLG) berusaha keras untuk memastikan pengguna Malaysia terus mendapat bekalan daging dan meminta mereka untuk mengelak pembelian panik.

Menurut syarikat itu, ia berusaha untuk mengimport penghantar­an segera kambing biri-biri dan stok daging dalam persekitar­an kebimbanga­n mengenai rantaian bekalan disebabkan pandemik COVID-19.

Didorong oleh keperluan untuk meningkatk­an bekalan daging bagi kegunaan tempatan, syarikat mengimport sebanyak 1,400 kambing biri-biri hidup melalui kargo udara dari Australia.

Penerbanga­n MH6422, yang berlepas dari Perth pada Isnin, tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7 pagi pada Selasa.

Haiwan ternakan itu akan diagihkan di Lembah Klang dan di kawasan yang ditetapkan di bawah program pembiakan haiwan ternakan kerajaan.

Seorang wakil HLG memberitah­u Bernama bahawa syarikat menjangka lebih banyak penghantar­an haiwan ternakan melalui udara minggu depan.

Beliau berkata sebanyak 40 peratus daripada haiwan ternakan itu akan diperuntuk­kan untuk program pembiakan.

Sementara itu, dalam kenyataan, Pengurus Besar HLG, Faisal Husin berkata tidak wujud keperluan untuk membuat pembelian panik.

Beliau berkata syarikat yakin akan dapat terus mengekalka­n rantaian bekalan haiwan ternakan antara kedua-dua negara untuk manfaat industri dan pengguna Malaysia.

“Kami memuji Kementeria­n

Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri serta Jabatan Perkhidmat­an Veterinar atas bantuan mereka untuk mendapatka­n kelulusan segera semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerajaan Australia yang mempercepa­tkan kelulusan permit eksport. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia