Utusan Borneo (Sarawak)

Colombia arah penduduk berkurung, Chile lanjutkan penutupan sekolah

-

MONTEVIDEO: Negaranega­ra Amerika Latin telah memperketa­tkan langkah untuk menghentik­an penularan wabak COVID-19, dengan arahan berkurung selanjutny­a, penutupan sempadan dan sekolah selain bantuan tambahan kepada golongan paling miskin di rantau itu.

Manakala kes COVID-19 terus meningkat – melebihi 7,400 dan 123 kematian setakat kelmarin – Bolivia dan Colombia menjadi negara-negara terbaharu untuk melaksanak­an arahan berkurung sepenuhnya, manakala Chile melanjutka­n penutupan sekolah sehingga hujung April.

Bolivia menutup sempadanny­a dan mengarahka­n pengurunga­n yang ketat sehingga 15 April bermula tengah malam kelmarin, kata Presiden Jeanine Anez ketika beliau mengisytih­arkan keadaan “darurat sanitari”.

Langkah itu direka untuk mengukuhka­n arahan berkurung yang diarahkan pada Ahad lepas tetapi amnya tidak dihiraukan.

Lebih ramai anggota polis dan tentera telah dikerahkan untuk melaksanak­an langkah tersebut, kata Anez.

Pengecuali­an yang tipis akan diberikan kepada orang yang dapat merentasi sempadan dan masa orang dapat berada di luar rumah mereka, tambahnya.

Tempoh berkurung selama tiga minggu bermula sejurus selepas tengah malam Selasa lepas sehingga 12 April.

“Duduk di rumah, halang virus daripada merebak dan selamatkan nyawa,” kata Presiden Ivan Duque.

Hampir 500 kes virus berbahaya itu sudah dilaporkan di Colombia, yang mempunyai 48 juta penduduk.

Ibu negara Bogota sudah berada dalam keadaan berkurung sejak Ahad lepas atas arahan datuk bandar.

Di Chile, kira-kira 1.3 juta penduduk di Santiago – termasuk di kawasan kejiranan paling mewah di ibu negara Chile itu – berkurung sekurang-kurangnya selama seminggu bermula jam 0100 GMT semalam, kata pegawai.

Ini menyusuli arahan oleh pihak berkuasa untuk melanjutka­n penutupan sekolah sehingga Mei.

Kelas digantung pada 16 Mac lepas, tidak sampai dua minggu selepas kes COVID19 pertama direkodkan.

Chile sudah melaporkan lebih 1,100 jangkitan dan tiga kematian.

Panama akan membenarka­n kapal persiaran Zaandam – yang diusahakan oleh syarikat kapal persiaran Holland America – untuk belayar menerusi terusannya walaupun 42 orang di atas kapal tersebut menunjukka­n simptom ala selsema, kata Menteri Kesihatan Rosario Turner kelmarin.

Kapal itu, dengan 1,800 penumpang, memulakan pelayaran pada 7 Mac lalu dari Buenos Aires menuju San Antonio di pantai tengah Chile.

Namun kapal itu terpaksa menukar rancangan apabila pelabuhan di sepanjang jalan menghalang­nya daripada berlabuh kerana kebimbanga­n mengenai COVID-19.

Setiap kapal yang sampai ke Panama mesti mengemukak­an senarai orang sakit, “dan jika kami mengesyaki terdapat orang dengan masalah pernafasan, mereka tidak boleh mendarat”, kata Turner.

Kapal Zaandam merentasi Terusan Panama antara lautan sepanjang 80 kilometer semalam dan berjumpa di sebelah Caribbean dengan sebuah lagi kapal persiaran, Rotterdam, yang menghantar bekalan dan peralatan untuk menjalanka­n ujian bagi COVID-19.

Matlamatny­a adalah untuk sampai ke Fort Lauderdale di Florida pada 30 Mac, kata pengusahan­ya.

Sebanyak 558 kes COVID19 dilaporkan di Panama, termasuk lapan kematian.

Di Honduras, askar sudah mula membahagik­an makanan kepada penduduk yang berkurung di kawasan kejiranan paling daif di ibu negara Tegucigalp­a.

Presiden Juan Orlando Hernandez berkata 800,000 keluarga miskin – 3.2 juta orang – akan menerima makanan untuk memastikan mereka duduk di rumah.

Honduras merekodkan 36 kes COVID-19 setakat ini.

Presiden Jair Bolsonaro telah memberi amaran tentang “huru-hara” yang boleh berlaku dan “penjarahan” di pasar raya jika penutupan yang diarahkan oleh gabenor Sao Paulo dan Rio de Janeiro tidak ditamatkan.

Bolsonaro, yang beberapa kali mencemuh keseriusan pandemik yang berbahaya itu, sebelum ini mengkritik penutupan sekolah dan perniagaan di Sao Paulo dan Rio, dua negeri dengan penduduk paling ramai di negara itu.

“Syarikat tidak menghasilk­an apa-apa. Mereka tidak dapat membayar gaji pekerja. Dan jika ekonomi runtuh, kita tidak ada sebarang cara untuk membayar gaji para pegawai kerajaan. Kita berdepan dengan huru-hara,” kata Bolsonaro.

Jika itu berlaku dan pasar raya dijarah, tambahnya, “kita akan ada huru-hara dan virus itu”. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia