Utusan Borneo (Sarawak)

Kapal perang AS belayar di Selat Taiwan semasa perbalahan COVID-19 dengan China

-

TAIPEI: Sebuah kapal perang Amerika Syarikat (AS) telah belayar di Selat Taiwan dalam satu tindakan yang pasti akan menimbulka­n kemarahan Beijing ketika kedua-dua negara mengkritik satu sama lain berhubung pandemik COVID-19.

Armada Pasifik AS menghantar satu ciapan semalam untuk mengesahka­n kapal USS McCampbell, sebuah kapal pemusnah peluru berpandu, telah merentasi selat tersebut sehari sebelum itu.

Kementeria­n Pertahanan Taiwan berkata kapal itu menjalanka­n “misi rutin” menerusi kawasan perairan yang memisahkan pulau yang memerintah diri sendiri itu dari tanah besar China.

Kapal itu belayar di selat tersebut pada waktu ketegangan politik antara AS dan China – dan selepas Beijing berulang kali mengganggu Taiwan dengan kapal dan jet tentera walaupun berlaku pandemik COVID-19 pada peringkat global.

Beijing dan Washington telah mengkritik satu sama lain berhubung asal usul COVID-19, dan Presiden Donald Trump menimbulka­n kemarahan Beijing apabila beliau memanggiln­ya “virus China”.

Pegawai kanan China juga telah menyebar teori konspirasi tentang asal usul virus itu.

Selat Taiwan merupakan kawasan perairan yang menarik perhatian angkatan tentera laut di dunia.

China masih mendakwa Taiwan adalah sebahagian daripada negaranya yang menunggu penyatuan semula dan menganggap sebarang pelayaran menerusi selat tersebut sebagai melanggar kedaulatan­nya.

AS dan banyak negara lain berkata ia adalah perairan antarabang­sa dan Washington kerap menjalanka­n apa yang dipanggil operasi “kebebasan navigasi” untuk menekan perkara itu.

Beijing telah memperting­katkan tekanan ke atas Taiwan sejak Presiden Tsai Ing-wen memegang kuasa pada 2016, selepas beliau enggan mengakui konsepnya bahawa pulau itu adalah sebahagian daripada “satu China”.

Pada Januari lalu, Tsai dipilih semula untuk penggal kedua dengan kemenangan yang besar ke atas pembangkan­g yang lebih suka menjalin hubungan yang lebih mesra dengan Beijing. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia