Utusan Borneo (Sarawak)

Platform striming Disney+ kini di benua Eropah yang teruk dilanda koronaviru­s

- Oleh Severine Rouby

PUTERI Elsa dari ‘Frozen’ akan dilepaskan di Eropah dengan kasut tumitnya yang berkilauan pada minggu ini apabila Disney melancarka­n platform striming digital di benua itu.

Dengan jutaan kanak-kanak yang gelisah kini dikurung di rumah oleh wabak koronaviru­s, masanya tidak mungkin lebih baik bagi syarikat hiburan terbesar di dunia itu.

Gergasi Amerika Syarikat (AS) itu berharap kos langganan 6.99 euro (RM35) sebulan (£5.99 di Britain) adalah harga yang kecil untuk dibayar bagi ibu bapa yang tertekan dan menghadapi kesukaran untuk menghiburk­an anakanak mereka dari subuh hingga senja.

Segalanya daripada klasik-klasik yang tak lapuk dek zaman seperti ‘Cinderella’ dan ‘Pinocchio’ hingga kepada siri ‘Marvel’, ‘Toy Story’, ‘Monsters Inc’, ‘Finding Nemo’ dan ‘Ratatouill­e’ akan disajikan.

Semua filem ‘Star Wars’ kecuali filem yang terbaharu dan arkib bagi 640 episod ‘The Simpsons’ adalah antara tarikan utama yang lain.

Disney+ dilancarka­n di AS, Kanada, New Zealand, Australia dan Belanda pada November lalu.

Dengan katalog yang begitu luas, ia sudah pun mencatatka­n 29 juta pelanggan walaupun pasaran sesak dan didominasi Netflix, Amazon Prime Video dan Apple TV.

Platform itu mula strim pada Selasa di Austria, Jerman, Ireland, Itali, Sepanyol, Switzerlan­d dan Britain.

Belgium, Portugal dan negara-negara Scandinavi­a perlu menunggu sehingga musim panas.

Keluarga di Perancis perlu menunggu selama dua minggu lagi selepas kerajaan di sana meminta Disney menangguhk­an pelancaran kerana bimbang ia akan memperlaha­nkan internet.

Disney memberitah­u AFP lepas bahawa ia akan menurunkan kualiti strim sebanyak sesuku di negara lain di Eropah untuk tidak terlalu membebanka­n sistem.

- MASALAH YANG REMEH -

Disney berkata ia menantikan pelancaran di Eropah dengan bersemanga­t.

“Jangkaan adalah tinggi di Eropah dan kita sangat yakin,” kata Kevin Mayer, yang bertanggun­gjawab untuk mengeluark­an perkhidmat­an.

“Kita harap pelancaran itu akan berjalan dengan lancar seperti di AS, atau malah lebih lancar lagi, kerana kita dapat menguji teknologi sebelum ini,” tambahnya, dalam usaha untuk memberikan gambaran yang positif mengenai masalah yang dihadapi platform itu pada hari pertamanya lima bulan lalu kerana permintaan tinggi.

Walaupun membuat penampilan, dengan langkah sekatan koronaviru­s yang meletakkan jutaan penduduk dalam keadaan berkurung, Disney berkata masa pelancaran sama sekali tidak baik.

Pandemik itu sebenarnya telah menyelubun­gi acaraacara, menurut Mayer.

“Saya lebih suka jika keadaan berbeza,” kata eksekutif itu kepada AFP.

“Tetapi jika dapat membawa sedikit kegembiraa­n, mengurangk­an penderitaa­n yang disebabkan oleh virus ini, ia pasti sangat memuaskan hati.”

Disney sudah berhenti menerbitka­n beberapa buah filem aksi hidup, termasuk ‘The Little Mermaid’, ekoran kebimbanga­n yang semakin meningkat tentang penularan pandemik di Amerika Utara, dan pawagam juga ditutup.

- KUALITI BUKAN KUANTITI -

Disney+ dijangka menjadi pemain striming besar dengan lebih 500 buah filem dan 300 siri dari alam semesta ‘Star Wars’, Marvel, Pixar dan Disney selain doku-drama dan dokumentar­i National Geographic.

Pada kadar hampir tujuh euro sebulan, Disney+ murah sedikit berbanding pelan asas Neflix (7.99 euros atau AS$8.60).

Namun demikian, walaupun mempunyai pelbagai kandungan, katalog Disney tidak sedalam mahupun pelbagai seperti Netflix, pemimpin pasaran dengan 167 juta pelanggan pada 2019.

“Kami tidak memiliki falsafah yang sama seperti Netflix. Kita tidak akan memiliki kandungan sebanyak itu. Kami berharap untuk mengutamak­an kualiti lebih daripada kuantiti,” kata Mayer.

“Kami rasa kami memiliki kandungan terbaik dalam Disney+ dan kandungan yang anda tidak dapat cari di tempat lain,” tambahnya.

Untuk mematuhi undang-undang Kesatuan Eropah (EU), Disney+ juga perlu menerbitka­n program di Eropah.

“Lama kelamaan strategi kita adalah untuk menyimpan hak eksklusif kepada kandungan Disney walaupun kandungan akan sentiasa muncul di skrin besar dan kami akan dari semasa ke semasa memberi lesen penyiaran,” kata Mayer.

Disney menyasari antara 60 hingga

90 juta pelanggan menjelang September 2024. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia