Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia Airlines kendalikan penerbanga­n khas

Bawa balik rakyat Malaysia terkandas di Phnom Penh dan Dhaka yang ditaja oleh TJ Global Berhad

-

KUCHING: Malaysia Airlines telah membawa balik rakyat Malaysia yang terkandas di Kemboja dan Bangladesh pada 25 Mac lalu melalui dua penerbanga­n khas.

Penerbanga­n MH763 dari Phnom Penh tiba di KLIA pada jam 9.05 malam Rabu dengan membawa 150 penumpang, ujar Malaysia Airlines menerusi satu kenyataan akhbar semalam.

“Ia dikendalik­an oleh pesawat Boeing 737-800 dengan tujuh anak kapal.

“Penerbanga­n itu ditaja oleh T7 Global Berhad, dengan kerjasama Wisma Putra. Secara berasingan, pesawat MH197 dari Dhaka tiba di KLIA pada Khamis, jam 5:55 pagi dengan membawa 225 rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Dioperasik­an oleh Airbus 330-200 dengan 12 krew, penerbanga­n itu ditaja oleh Malaysian Indian Congress (MIC) dan membawa para pelajar serta kakitangan Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar.

Menurut kenyataan itu juga, semua warganegar­a yang telah dihantar pulang ke negara telah diwajibkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari seperti yang diamanahka­n oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia.

Kemboja dan Bangladesh telah mengenakan sekatan perjalanan untuk menangani wabak COVID-19.

Sejak 21 Mac lalu, Bangladesh telah menutup sempadanny­a untuk semua

Penerbanga­n itu ditaja oleh T7 Global Berhad, dengan kerjasama Wisma Putra. Secara berasingan, pesawat MH197 dari Dhaka tiba di KLIA pada Khamis, jam 5:55 pagi dengan membawa 225 rakyat

” Malaysia.

Kenyataan Malaysia Airlines

penerbanga­n komersil dari Malaysia dan beberapa negara lain.

Kemboja sementara itu meningkatk­an pemeriksaa­n kesihatan dan sekatan masuk terhadap penumpang yang telah berkunjung atau transit melalui Itali, Jerman, Sepanyol, Perancis, Amerika Syarikat atau Iran sejak 14 hari lalu dengan tidak membenarka­n mereka masuk.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Kapten Izham

Ismail berkata walaupun banyak sekatan perjalanan dikenakan di seluruh dunia, pihaknya mempunyai tanggungja­wab terhadap negara dan pendudukny­a.

“Kami telah bekerjasam­a dengan Wisma Putra dan Suruhanjay­a Tinggi Malaysia di luar negara untuk memudahkan penerbanga­n khas ini dan kami amat berterima kasih kepada organisasi yang telah menghulurk­an bantuan.

“Pihak kami gembira dapat bekerjasam­a dengan penaja seperti Tan Sri Datuk Seri Tan Kean Soon dari T7 Global Berhad yang memberi bantuan kepada beratus-ratus rakyat Malaysia serta tidak lupa juga kepada MIC yang telah berjasa membantu rakyat terkandas di Bangladesh dan India,” jelas beliau lagi.

Dalam pada itu Kapten

Izham berkata, Malaysia Airlines masih mengekalka­n operasi domestikny­a untuk memudahkan pergerakan penting seperti menyampaik­an bekalan perubatan dan surat, serta memastikan rantaian bekalan global dikekalkan.

Menurutnya juga, keduadua operasi domestik dan antarabang­sa kini sedang berjalan pada tahap minimum.

 ??  ?? SELAMAT TIBA: Kru kabin Malaysia Airlines dengan kain rentang T7 Global Berhad.
SELAMAT TIBA: Kru kabin Malaysia Airlines dengan kain rentang T7 Global Berhad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia