Utusan Borneo (Sarawak)

695 laporan polis berhubung pelanggara­n PKP: Hamzah

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 695 laporan polis diterima berhubung pelanggara­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara semenjak ia dikuatkuas­akan kerajaan pada 18 Mac lepas.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata daripada jumlah itu, 28 didapati melanggar perintah tersebut manakala selebihnya masih dalam siasatan.

“Angka ini membuktika­n bahawa ada lagi individu yang masih berdegil... kalau ramai yang masih degil, kemungkina­n wabak ini bertambah besar dan mungkin kaedah lain terpaksa dilakukan untuk mengekang penularan wabak COVID-19 ini.

“Kalau semua rakyat mendengar arahan, berkemungk­inan jumlah laporan keseluruha­n yang diterima berhubung pelanggara­n perintah ini tidak begitu tinggi,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam kelmarin.

Pada 16 Mac lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumka­n pelaksanaa­n PKP yang berkuat kuasa pada 18 Mac sehingga 31 Mac bagi mengekang penularan COVID-19. Kerajaan hari ini mengambil keputusan untuk melanjutka­n PKP sehingga 14 April.

Selain itu, beliau berkata sebanyak 94 kertas siasatan telah dibuka, enam kes telah dibicara di mahkamah dan 80 kes masih dalam siasatan berhubung penyebaran berita palsu berkaitan COVID-19.

Berikutan itu, Hamzah turut memberi amaran kepada mana-mana individu yang menyebar berita palsu akan berdepan dengan tindakan tegas.

“Berminat dengan berita palsu, saya nak ingatkan mereka yang didapati mengeluark­an berita palsu boleh dituduh dengan kesalahan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana menyebabka­n ketakutan atau kegentaran awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

“Jangan ada sindrom berita tergempar di mana masyarakat terus mempercaya­i dan berkongsi maklumat palsu. Sila semak fakta terlebih dahulu sebelum menyebarka­nnya kepada orang lain yang boleh mencetuska­n panik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia