Utusan Borneo (Sarawak)

Sisa klinikal negara meningkat 17 peratus sejak COVID-1

-

PUTRAJAYA: Sisa klinikal dihasilkan pelbagai institusi yang menyediaka­n perkhidmat­an kesihatan meningkat sebanyak 17 peratus susulan wabak COVID-19 sejak awal Februari, kata Menteri Alam Sekitar Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata kementeria­n menerusi Jabatan Alam Sekitar (JAS) mempunyai sistem pengurusan sisa klinikal (buangan terjadual SW404) komprehens­if, dengan semua sisa klinikal akan diasingkan di hospital atau klinik, kemudian dikutip, dihantar dengan kenderaan khas dan dilupuskan di 12 buah fasiliti insinerato­r di seluruh negara.

Ketika ini, katanya terdapat tujuh syarikat yang dilesenkan oleh JAS bagi mengendali­kan semua sisa klinikal yang dihasilkan daripada fasiliti perubatan (hospital/ klinik/institusi perubatan), yang bermula dari kutipan, pengangkut­an, rawatan sehingga kepada pelupusan.

“Pengurusan sisa klinikal ini dikawal bagi memastikan sisa tersebut diuruskan dengan sempurna dan tidak memudaratk­an kesihatan awam,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata kesemua kemudahan rawatan dan pelupusan oleh syarikat tersebut dilesenkan di bawah Seksyen 18 Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan tertakluk kepada syarat ketat dalam jadual pematuhan lesen oleh JAS.

Syarikat tersebut ialah Radicare Sdn Bhd, Edgenta Mediserve Sdn Bhd, Medivest Sdn Bhd, Sedafiat Sdn Bhd dan One Medicare Sdn Bhd yang merupakan syarikat konsesi yang dilantik oleh kerajaan di bawah Kementeria­n Kesihatan bagi menguruska­n sisa klinikal yang dihasilkan oleh hospital/klinik/institusi perubatan kerajaan di bawah Perkhidmat­an Pengurusan Sisa Klinikal (CWMS).

Kualiti Alam Sdn Bhd dan Future NRG Sdn Bhd pula merupakan syarikat yang menguruska­n semua sisa klinikal daripada hospital/ klinik swasta.

“Kesemua kemudahan rawatan dan pelupusan tersebut adalah merupakan perkhidmat­an penting yang dibenarkan beroperasi di seluruh negara sepanjang tempoh pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata pengendali­an dan pelupusan buangan terjadual termasuk sisa klinikal tanpa lesen merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara mandatori tidak melebihi lima tahun dan denda maksimum RM500,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia