Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNHEP rampas 223,000 topeng muka bernilai RM446,000

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas 223,000 unit topeng muka dianggarka­n bernilai RM446,000 yang disorok dan dijual melebihi harga maksimum dalam serbuan di sebuah premis di Kota Damansara, Petaling Jaya dekat sini, kelmarin.

Pengarah Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata topeng muka jenis tiga lapis itu dijual secara tersembuny­i kepada pelanggan dengan harga yang lebih tinggi iaitu RM3.50 seunit melebihi harga maksimum yang ditetapkan iaitu RM2 seunit.

“Operasi ini dijalankan hasil maklumat yang diterima daripada orang awam berkaitan penjualan topeng muka yang melebihi harga maksimum kawalan di Facebook,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, suspek menggunaka­n laman sosial Facebook untuk mengiklan topeng muka dengan kaedah penjualan melalui pesanan menerusi aplikasi WhatsApp dan barang dihantar melalui pos atau Cash On Delivery (COD) di kawasan Kota Damansara.

Menurutnya sekiranya suspek disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan AntiPencat­utan 2011 (AKHAP 2011), boleh didenda tidak melebihi RM500,000 manakala bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM1 juta.

Orang bukan pertubuhan perbadanan pula boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarak­an selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya manakala kesalahan kali kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM250,000.00 atau dipenjarak­an selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Pengguna disaran menyalurka­n sebarang kegiatan yang mencurigak­an kepada KPDNHEP menerusi hotline 1-800-886-800 atau talian 03-8882 6088/ 6245 di Enforcemen­t Command Centre (ECC) atau e-mel ke http://e-aduan.kpdnhep. gov.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia