Utusan Borneo (Sarawak)

Proses nyahcemar akan mula dilakukan di premis awam: Ismail Sabri

-

PUTRAJAYA: Proses pembersiha­n dan pencucian nyahcemar untuk mengawal penularan COVID-19 akan dilakukan di premis-premis awam terutama di lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan merah.

Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara berkenaan diputuskan Mesyuarat Jawatankua­sa Khas Menteri-menteri berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.

“Proses berkenaan akan dilaksanak­an pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan kemungkina­n Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekiranya diperlukan,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Menurut Ismail Sabri, buat masa ini keutamaan proses pembersiha­n itu akan diberikan kepada kawasan yang telah diklasifik­asi sebagai zon merah serta tumpuan awam dan yang mempunyai risiko tinggi penyebaran COVID19 seperti pasar dan masjid.

“Buat masa ini, premisprem­is awam akan menjadi tumpuan kita seperti di kawasan yang berisiko tinggi seperti di pasar awam dan kawasan masjid,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata bagi menyelaras­kan usaha kerajaan Persekutua­n dan negeri dalam mengawal penularan COVID-19, mesyuarat hari ini memutuskan supaya seorang menteri Persekutua­n akan menyertai mesyuarat majlis keselamata­n peringkat negeri.

Menteri itu juga haruslah datang daripada negeri yang terlibat, katanya.

“Seorang menteri (Persekutua­n) yang datang dari negeri itu akan berada dalam mesyuarat berkenaan bagi menyampaik­an maklumat dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan Persekutua­n supaya kita boleh selaraskan sebarang tindakan yang bakal dilaksanak­an.

“Keputusan meletakkan menteri (Persekutua­n) akan bermula secepat mungkin, seorang menteri akan berada dalam setiap mesyuarat secepat mungkin,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Ismail bercakap pada sidang media di Bangunan Perdana Putra semalam.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Ismail bercakap pada sidang media di Bangunan Perdana Putra semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia