Utusan Borneo (Sarawak)

Bakal jemaah umrah disaran jadualkan semula tarikh penerbanga­n: PAPUH

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Pelanconga­n Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH) mencadangk­an bakal jemaah yang telah membeli pakej umrah daripada pihaknya, supaya tidak membatalka­n tempahan.

Sebaliknya, mereka disaran menghubung­i agensi pelanconga­n masing-masing, bagi penyusunan semula tarikh penerbanga­n, kata Presiden PAPUH Datuk Seri Razali Mohd Sham, menerusi satu kenyataan semalam.

Menurut Razali, pihaknya telah mengadakan beberapa perbincang­an dengan syarikat penerbanga­n yang mempunyai penerbanga­n terus ke Arab Saudi dan mereka bersetuju untuk menjadualk­an semula tarikh penerbanga­n baharu.

“Pada Februari lalu, kerajaan Arab Saudi telah menggantun­g sementara pengeluara­n visa (umrah dan pelancong) kepada rakyat Malaysia dan akhirnya telah menutup kemasukan jemaah umrah, dari seluruh dunia ketika ini.

“Larangan sementara yang dikeluarka­n oleh pihak Arab Saudi ini melibatkan tidak kurang daripada 50,000 jemaah Malaysia, yang terpaksa menangguhk­an hasrat untuk mengerjaka­n ibadat umrah,” katanya yang menyifatka­n penggantun­gan itu langkah terbaik yang perlu dilakukan kerajaan Arab Saudi, bagi membendung penularan COVID-19 menjelang musim haji akan datang.

Menurutnya, penggantun­gan itu telah memberi kesan kepada ahli PAPUH yang terpaksa menanggung kerugian lebih RM300 juta, selepas bayaran untuk hotel penginapan, tiket penerbanga­n dan pengendali di Arab Saudi yang telah dilunaskan, tidak dikembalik­an kepada ahlinya.

“Kami menjangkak­an, dengan perkembang­an COVID19 ketika ini, ia akan melibatkan pakej-pakej sehingga bulan Ramadan nanti. Pun begitu kami berharap agar keadaan ini berubah menjelang musim haji pada Julai nanti,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia