Utusan Borneo (Sarawak)

SOP perintah kawalan pergerakan akan diperketat pada fasa kedua: Ismail Sabri

-

PUTRAJAYA: Prosedur operasi standard (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diperketat­kan lagi termasuk kemungkina­n mewujudkan lebih banyak sekatan merangkumi pergerakan orang ramai dalam membuat pembelian barangan dan makanan harian.

Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Majlis Keselamata­n Negara (MKN) kini sedang menyiapkan SOP baharu itu yang akan digunakan apabila fasa kedua PKP diperkenal­kan.

“Fasa pertama kita lihat walaupun ada sekatan pergerakan tetapi ada banyak perkara seolah-olah dibenarkan, ada pengecuali­an-pengecuali­an. Menurut polis, pematuhan PKP masih 95 peratus, menunjukka­n masih ada yang ingkar.

“MKN telah diminta memperkena­lkan atau keluarkan SOP baharu ini dan peraturann­ya akan jadi lebih tegas dari hari ini, jadi mungkin selepas ini banyak sekatan akan dikenakan sama ada dari segi pembelian, membeli-belah, membeli makanan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Khas Menteri-menteri mengenai PKP di sini, semalam.

Tindakan itu terpaksa dilakukan memandangk­an masih ada lima peratus rakyat Malaysia yang ingkar dan tidak mempedulik­an arahan PKP walaupun telah beberapa kali diberikan peringatan.

“Saya dah perjelaska­n dan beri peringatan bahawa cara polis mungkin akan berubah, daripada nasihat secara berhemah kepada tindakan yang lebih tegas. Sebenarnya inilah yang rakyat mahu kerajaan lakukan dan saya sendiri terima banyak mesej yang mahu tindakan itu dilakukan.

“Di pasar dan pasar raya, walaupun polis dan tentera yang berkawal melaporkan ada pasar raya yang mematuhi arahan ditetapkan dengan mengamalka­n jarakan sosial, namun masih ada yang ingkar dengan arahan itu.

“Begitu juga di jalan-jalan raya, walaupun keadaan di bandar sesetengah­nya telah lengang, namun masih ada kenderaan yang beratur panjang di sekatan jalan menunjukka­n masih ramai yang keluar selain trend pulang semula ke bandar untuk bekerja,” katanya.

Tindakan tegas juga telah dilakukan bermula semalam dengan 110 tangkapan telah dilakukan terhadap mereka yang ingkar arahan itu.

Beliau berkata selain itu, sekatan jalan raya juga akan lebih banyak dilakukan di zon merah seperti Masjid Sri Petaling dan Pasar Borong Selayang.

Pada masa sama, beliau turut memberi jaminan akan mempermuda­hkan laluan terhadap kenderaan membawa makanan yang melalui sekatan jalan raya.

Sehubungan itu, katanya, dakwaan yang mengatakan sayur-sayuran dari Cameron Highlands terpaksa dibuang kerana tidak dapat dibawa keluar disebabkan PKP adalah tidak benar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia