Utusan Borneo (Sarawak)

Satu pengajaran agar tidak pandang remeh kebersihan

Pelanjutan PKP banyak menyedarka­n betapa seriusnya kerajaan ingin menyampaik­an mesej supaya dipatuhi rakyat

- Oleh Watt Zacchaeus

KANOWIT: Pengalaman berikutan kewujudan virus COVID-19 telah memberi pengajaran kepada penduduk luar bandar untuk mengutamak­an kebersihan dan tidak lagi menganggap­nya benda remeh.

Ini kerana pengumuman pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) banyak menyedarka­n betapa seriusnya kerajaan ingin menyampaik­an mesej supaya dipatuhi.

Antara mesejnya ialah tidak keluar selepas jam 7 malam, penjarakan sosial, sentiasa mencuci tangan dan sentiasa duduk di rumah (stay@home).

Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut Kaunselor Ruggeri Anthony berkata, dari sudut positifnya melalui pelaksanaa­n lanjutan PKP ini memperliha­tkan rakyat di kawasan luar bandar sudah mula berdisipli­n dan sedar akan kepentinga­n untuk menjaga kebersihan diri.

"Sekarang ini rakyat di luar bandar sudah mengetahui serta mengenali apa itu cecair pembasmi kuman, dulu mana orang kisah tentang cecair tersebut.

"Dengan didikan serta kesedaran yang disampaika­n kerajaan hampir setiap hari

menerusi media ataupun media sosial, saya percaya penduduk luar bandar dapat mengubah hidup mereka," katanya ketika dihubungi, semalam.

Ruggeri yang merupakan Ahli Majlis Daerah Kanowit (MDK) yang bertanggun­gjawab terhadap kawasan Bawan, Kanowit memberitah­u, walaupun pelanjutan PKP ini amat membimbang­kan penduduk luar bandar namun dari segi positifnya mereka sudah mula belajar sesuatu iaitu aspek kebersihan diri serta aspek yang lain.

Beliau turut mengingatk­an kepada penduduk luar bandar agar sentiasa mematuhi PKP ini dengan duduk di rumah.

"Saya ingin menasihati masyarakat penduduk di rumah panjang supaya tidak pergi kemana-mana untuk menghindar­i wabak COVID19 dan menghalang kemasukan orang lain atau warga asing dari memasuki kawasan tempat tinggal mereka.

"Dengan kerjasama sedemikian, ia boleh menghindar­i penularan wabak ini.

"Mencegah adalah lebih baik daripada merawat sebelum terkena virus ini," katanya lagi.

Ruggeri berharap, pelanjutan PKP ini dapat memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dan penduduk luar bandar perlu bersabar kerana PKP ini tidaklah seperti darurat kerana ada kelonggara­n untuk keluar membeli makanan atau keperluan yang lain.

Sementara itu, Kaunselor Mutang Karani yang merupakan Ahli MDK yang bertanggun­gjawab terhadap kawasan Nanga Ngungun berkata, pelanjutan PKP ini adalah satu usaha untuk negara menghapusk­an penularan jangkitan COVID-19 ini.

Katanya ketika dihubungi, kerjasama rakyat khususnya penduduk luar bandar diibaratka­n sebagai satu didikan serta kesedaran kepada diri sendiri.

"Memang ia (pelanjutan PKP) bukan berita baik tetapi sekurang-kurangnya kita di luar bandar mula sedar tentang aspek-aspek yang perlu diterapkan untuk kebaikan kita semua.

"Tidak dinafikan bahawa tempoh lanjutan itu amat membebanka­n tetapi ia adalah cara terbaik untuk kita melawan COVID-19 ini," ujarnya lagi.

Mutang memberitah­u, ia turut memberikan kesan kepada ekonomi penduduk luar bandar serta pelbagai kesulitan lagi.

"Sekurang-kurangnya kami di luar bandar tidak menghadapi masalah makanan kerana masing-masing menjalani rutin bercucuk tanam dan terdapat kedai runcit berdekatan.

"Walaupun kami menghadapi bebanan dari pelanjutan tempoh PKP ini, kami tetap bersyukur kerana kerajaan sudah membuat pengumuman baru-baru ini tentang insiatif untuk membantu rakyat.

"Sedikit lega dengan bantuan berkenaan dan diharap lebih banyak lagi bantuan dari kerajaan selepas ini," katanya lagi.

Mengenai keselamata­n di Nanga Ngungun, Mutang berkata, beliau serta Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Induk Nanga Ngungun akan terus memantau di kawasan mereka.

"Setakat ini Nanga Ngungun bebas COVID-19 dan diharap semua penduduk di sini akan terus mematuhi notis dan peraturan," tambahnya lagi.

Seorang belia di sini Vester Selo ketika dihubungi berkata, tempoh pelanjutan PKP ini sesuatu yang amat menyeksaka­n namun terpaksa akur dengan keputusan kerajaan demi melawan COVID-19 ini.

Beliau yang merupakan pelajar semester akhir di Politeknik Mukah turut melahirkan rasa bimbang terhadap pelajarann­ya.

"Sebenarnya hujung bulan ini adalah peperiksaa­n semester akhir untuk kami dan nampak gayanya pelanjutan PKP ini pasti akan menangguhk­an lagi peperiksaa­n tersebut.

"Sekarang segala tugasan dibuat secara jarak jauh.

"Kenangan manis yang hendak dibuat bersama rakan-rakan pada akhir semester ini semuanya hancur," katanya yang tetap bersyukur kerana sempat pulang ke kampungnya di Nanga Ngungun sebelum tempoh PKP ini mula dilaksanak­an pada 18 Mac lalu.

Vester tetap reda dengan dugaan ini dan berharap semua rakyat Malaysia dapat mematuhi PKP ini agar bersama-sama memainkan peranan melawan COVID19.

Beliau turut mengaku bahawa sepanjang tempoh PKP ini turut dididik secara tidak langsung menerusi pelbagai aspek dan mesej kerajaan mengenai kebersihan dan kepatuhan yang memungkin virus ini dimatikan.

"Tidak lupa, saya menzahirka­n rasa simpati serta banyak-banyak bersabar kepada rakan-rakan yang merangkumi 650 orang pelajar yang masih tinggal di Politeknik di Mukah ketika ini.

"Terima kasih juga kepada wakil rakyat di kawasan tersebut yang sudi menghulurk­an bantuan makanan kepada mereka tempoh hari," tambahnya lagi.

Dengan didikan serta kesedaran yang disampaika­n kerajaan hampir setiap hari menerusi media ataupun media sosial, saya percaya penduduk luar bandar

” dapat mengubah hidup mereka.

Kaunselor Ruggeri Anthony

Ahli Majlis Daerah Kanowit

 ??  ?? VESTER
VESTER
 ??  ?? RUGGERI
RUGGERI
 ??  ?? MUTANG
MUTANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia