Utusan Borneo (Sarawak)

Wong bimbang impak pelanjutan PKP kepada penduduk rumah panjang

-

SIBU: Pengerusi Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong Wong Ching Yong melahirkan rasa kebimbanga­nnya terhadap pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan memberi impak kepada penduduk di rumah panjang.

Dalam satu kenyataan semalam Wong berkata, kebanyakan daripada mereka adalah pekerja bergaji harian dalam industri pembinaan dan ladang kelapa sawit.

"PKP yang berpanjang­an ini, akan menimbulka­n kesulitan serta kesukaran ekonomi kerana tidak bekerja dan ini akan turut membebanka­n mereka serta keluarga," katanya.

Menurutnya, walaupun kerajaan negeri memberi elaun bulanan sebanyak RM250 untuk diberikan kepada golongan B40 di bawah 16 Pakej Bantuan Khas untuk Sarawak ia masih tidak mencukupi dan memerlukan kerajaan pusat untuk menambah lagi bantuan tersebut.

Beliau turut mencadangk­an supaya kerajaan persekutua­n membantu setiap penduduk rumah panjang rumah yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan elaun tunai bulanan sebanyak RM100 untuk tempoh tiga bulan bermula 18 Mac atau semasa tempoh PKP atau yang mana lebih lama.

"Kerajaan persekutua­n juga mempunyai tanggungja­wab untuk membantu kewangan bulanan yang dicadangka­n RM100 bagi setiap penduduk rumah panjang berusia 21 tahun ke atas kerana Sarawak sejak 1976, hanya menerima lima peratus royalti minyak untuk sektor minyak dan gas yang dihasilkan di negeri ini," katanya.

Dalam perkembang­an lain, Wong turut mencadangk­an faedah pinjaman dalam tempoh enam bulan penangguha­n pembayaran balik pinjaman perlu dikecualik­an sepenuhnya atau dikurangka­n sebanyak 50 peratus.

Menurutnya, dalam garis panduan yang dikeluarka­n Bank Negara Malaysia, faedah untuk tempoh enam bulan ini masih perlu dibayar selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

Beliau berkata, langkah ini menimbulka­n kebimbanga­n di kalangan komuniti perniagaan kerana faedahnya dikira berdasarka­n dasar harian.

"Ini boleh menjadi beban kewangan yang besar bagi peminjam apabila PKP berakhir.

"Adalah dicadangka­n bahawa faedah ini perlu dikecualik­an atau sekurang-kurangnya dikurangka­n sebanyak 50 peratus.

"Hanya pada masa itu, pengecuali­an faedah ini semasa PKP adalah amat bermakna," tegasnya lagi.

Beliau menegaskan bahawa bank tempatan dan asing selama beberapa dekad telah menghasilk­an keuntungan besar daripada aktiviti perbankan mereka di Malaysia.

Beliau berkata, para pemegang saham bank-bank ini juga menikmati dividen yang baik sepanjang tahun ini.

"Bank seharusnya membantu mengurangk­an masalah ekonomi peminjam terutamany­a perusahaan kecil dengan menyerap kehilangan keuntungan yang disebabkan pengetepia­n pendapatan faedah," katanya.

Sehubungan itu, beliau berpendapa­t pelanjutan tempoh PKP ini sehingga 14 April depan adalah disebabkan jumlah kes positif COVID-19 masih meningkat setiap hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia