Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: 81 rakyat Malaysia, ahli keluarga dari Itali selamat tiba

Pesawat sewa khas AirAsia yang membawa mereka mendarat di KLIA jam 10 pagi

-

KUALA LUMPUR: Seramai 81 rakyat Malaysia dan tanggungan mereka yang dibawa pulang dari Itali akibat terjejas dengan penularan COVID-19 selamat tiba di negara ini pagi semalam, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar.

Dalam satu kenyataan, Kamarudin berkata pesawat sewa khas AirAsia yang membawa mereka mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10 pagi.

“Jumlah ini turut merangkumi 34 pelajar dan lapan pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Rome dan

Jumlah ini turut merangkumi 34 pelajar dan lapan pegawai Kedutaan Besar

” Malaysia di Rome dan Holy See serta ahli keluarga mereka.

Datuk Azman Yusoff

Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia

Holy See serta ahli keluarga mereka,” katanya.

Pesawat itu turut membawa seramai 17 kru dan tujuh penjawat awam iaitu seorang dari Kementeria­n Luar Negeri, seorang dari Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan lima orang dari Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Sementara itu, katanya, setibanya di Malaysia kesemua mereka akan menjalani proses kuarantin di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) selama 14 hari sebagaiman­a yang ditetapkan oleh KKM.

Kamarudin berkata misi repatriasi ini adalah hasil kerjasama rapat Kementeria­n Luar Negeri, NADMA, KKM, Kedutaan Besar Malaysia di Rome dan Holy See serta agensi-agensi lain yang berkaitan.

“Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggiti­nggi penghargaa­n kepada pihak NADMA, KKM, Kedutaan Besar Malaysia di Rome dan Holy See serta agensi-agensi lain yang telah memberikan kerjasama yang amat yang baik dalam menjayakan misi ini,” katanya.

Minggu lepas, kerajaan membawa pulang seramai 46 rakyat Malaysia serta sembilan rakyat negara jiran dari Iran menerusi siri ketiga Misi Bantuan Kemanusiaa­n dan Bencana (HADR) akibat penularan wabak COVID19.

Dalam dua misi terdahulu kerajaan telah membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas dari Wuhan, China pada 4 dan 26 Februari lepas akibat wabak itu, dengan masing-masing berjumlah 133 dan 66 orang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia