Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan disaran hidupkan Pusat Bantuan Makanan sepanjang PKP

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran menghidupk­an Pusat Bantuan Makanan bagi membantu mereka yang terjejas terutama di kawasan miskin bandar dan perkampung­an sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Perkara itu diusulkan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Berhad (MTEM) yang turut meminta supaya kerajaan dapat meningkatk­an keberkesan­an khidmat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu orang ramai yang terjejas dan tiada punca pendapatan sepanjang tempoh PKP.

“JKM boleh bekerjasam­a dengan pihak pertubuhan penduduk setempat untuk urusan mengenal pasti keluarga terbabit (yang layak dibantu Pusat Bantuan Makanan), jika tidak lebih ramai orang dan NGO yang bersimpati akan keluar membantu dan ini akan menjejaska­n objektif PKP,” demikian menurut kenyataan bersama dikeluarka­n DPMM dan MTEM, semalam.

Selain itu, kedua-dua NGO itu turut mencadangk­an supaya kerajaan dapat menyediaka­n insentif khas untuk membela nasib peniaga kecil atau terus membenarka­n gerai-gerai kecil dan penjaja beroperasi.

“Ini kerana mereka bukan korporat besar yang berkemampu­an untuk bertahan satu atau dua bulan tanpa perniagaan. TEKUN, FAMA dan MARA boleh mula bekerja atau berfikir untuk memberi bantuan yang diperlukan golongan ini secepat mungkin,” menurut kenyataan itu.

DPMM dan MTEM juga menyaarank­an supaya kerajaan dapat memberi lebih bantuan wang tunai kepada Golongan B40 melalui Bantuan Sara Hidup (BSH); menunda segala tindakan undangunda­ng yang bakal berlaku kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) antaranya melibatkan penamatan perkhidmat­an dan pengisytih­aran muflis; memberi insentif kepada pengeluar dan pengedar yang menggunaka­n teknologi Internet dan eWallet tempatan; serta menggunaka­n sepenuhnya peluang yang ada untuk memecahkan monopoli industri pemakanan dan pertanian seperti benih, beras import dan baja yang sebelum ini banyak diuruskan syarikat-syarikat swasta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia