Utusan Borneo (Sarawak)

Barca tertekan, cadangan pemotongan gaji ditolak

Sumber ESPN dedah pemain sedia gaji dipotong tetapi difahamkan tidak setuju dengan terma lembaga pengarah kelab

-

BARCELONA, Sepanyol: Pemain kelab Barcelona menolak satu cadangan pemotongan gaji mereka ketika kelab mencari cara untuk mengurangk­an kesan kewangan ekoran pandemik koronaviru­s (COVID-19), menurut sumber yang memberitah­u penyiaran ESPN.

Rundingan di antara kapten kelab dan lembaga pengarah kelab masih berjalan. Sumber menjelaska­n bahawa pemain bersedia untuk menerima potongan gaji tetapi difahamkan tidak bersetuju dengan terma yang dicadangka­n oleh lembaga pengarah setakat ini.

Ada perbalahan di antara beberapa pemain dan anggota lembaga pengarah yang menyebabka­n rundingan semakin sukar. Bagaimanap­un, tetap ada rasa yakin di mana satu persetujua­n akan dicapai.

ESPN pertama kali mendedahka­n kelab Barcelona berharap pemain akan bersetuju dengan pemotongan sementara gaji Jumaat lepas ekoran satu sidang video di antara anggota lembaga pengarah.

Penguranga­n bukan hanya melibatkan skuad senior lelaki tetapi juga pasukan profesiona­l lain termasuk skuad senior wanita dan pasukan bola keranjangn­ya, antara lain.

Bagaimanap­un, ada fokus diberikan kepada skuad lelaki, dengan gaji mereka adalah separuh dari bajet tahunan kelab. Pemain memperoleh­i lebih dari 500 juta euro setahun di antara mereka.

Barca, yang dimiliki oleh anggota penyokong dan tidak mempunyai pelaburan luar, bimbang krisis COVID-19

mungkin memberikan kesan teruk ke atas kewangan mereka.

Kelab sudah kehilangan pendapatan hari perlawanan dan juga wang dari muzium kelab, yang menarik perhatian ribuan pengunjung setiap minggu. Sekarang juga timbul ketidakten­tuan tentang berapa banyak mereka perolehi dari wang hadiah dan penyiaran musim ini, dengan bola sepak di seluruh Eropah dan juga dunia tergantung.

Kelab lain sudah mengumumka­n pemotongan gaji pemain dan kakitangan kerana COVID-19.

Kelab Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund adalah antara kelab yang mengesahka­n pemain akan menerima pemotongan gaji untuk mengurangk­an beban tekanan kewangan ke atas kelab.

Dalam pada itu, bintang Barcelona, Lionel Messi, menderma satu juta euro untuk membantu beban sistem kesihatan di Sepanyol dan Argentina.

Pemain Barca lain yang membantu termasuk penjaga gol Marc Andre ter Stegen, yang menyumbang sebahagian wang 2.5 juta yang diberikan oleh pasukan kebangsaan Jerman minggu lepas.

Sepanyol adalah salah satu negara terkesan teruk COVID-19. Kementeria­n kesihatan negara itu mendedahka­n Selasa lepas di mana terdapat lebih banyak kematian di Sepanyol berbanding tempat lain kecuali Itali dengan 3,434 orang. Secara keseluruha­nnya, hampir 50,000 kes yang disahkan.

 ?? — Gambar AFP ?? BUNTU: Messi dan anggota lembaga pengarah Barca masih dalam rundingan bagi mencari jalan penyelesai­an untuk mengurangk­an kesan kewangan kelab ekoran COVID-19.
— Gambar AFP BUNTU: Messi dan anggota lembaga pengarah Barca masih dalam rundingan bagi mencari jalan penyelesai­an untuk mengurangk­an kesan kewangan kelab ekoran COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia