Utusan Borneo (Sarawak)

Wimbledon bakal menjadi ‘mangsa terbaharu’ pandemik COVID-19

-

LONDON, England: Kejohanan tenis Grand Slam Wimbledon mungkin akan ditangguhk­an atau malah dibatalkan selepas pengurusan Kelab Seluruh England (AELTC) memanggil satu “mesyuarat tergempar” minggu hadapan untuk membincang­kan sama ada mahu meneruskan dengan kejohanan tahun ini atau tidak ekoran penularan pandemik koronaviru­s (COVID-19).

Wimbledon dijangka akan bermula di London pada 29 Jun tetapi penularan COVID-19 dengan pantas menyebabka­n kekecohan dengan jadual sukan dan kejohanan Wimbledon, yang berlangsun­g di permukaan rumput, mungkin menjadi kejohanan besar seterusnya yang akan ditangguhk­an.

“AELTC boleh mengesahka­n bahawa ia akan terus memantau dan menilai situasi semasa untuk kejohanan 2020, termasuk kemungkina­n penangguha­n dan pembatalan kerana wabak COVID-19,” kata satu kenyataan Kelab Seluruh England Rabu lepas.

“Satu mesyuarat tergempar Lembaga Utama AELTC dijadualka­n pada minggu hadapan dan dengan persediaan itu kami berkomunik­asi rapat dengan LTA dan dengan ATP, WTA, ITF (badan induk sukan tenis profesiona­l) dan penganjura­n Grand Slam yang lain.”

Terbuka Perancis adalah kejohanan yang pertama dari baki tiga kejohanan Grand Slam tahun ini yang menangguhk­an penganjura­nnya kerana COVID19.

Jadual asal penganjura­nnya ialah pada 24 Mei hingga 7 Jun tetapi kejohanan yang berlangsun­g di permukaan rumput itu telah dipindahka­n ke 20 September oleh Persekutua­n Tenis Perancis, dalam satu langkah yang menyebabka­n kemarahan beberapa pemain.

Ini kerana tarikh baru Terbuka Perancis itu adalah seminggu selepas Terbuka Amerika tamat dan bercanggah dengan penganjura­n Piala Laver, kejohanan berpasukan popular yang dijangka mempertemu­kan Roger Federer dan beberapa pemain utama di Eropah menentang pemain terbaik lain dari seluruh dunia.

Wimbledon, dengan acara perseorang­an lelaki dan wanita masing-masing dimenangi Novak Djokovic dan Simona Halep pada tahun lepas, adalah salah satu kejohanan elit dari empat kejohanan Grand Slam ini.

Tetapi memindah kejohanan ke akhir tahun mungkin sukar selepas kemarahan ramai pihak tentang perubahan jadual kejohanan Terbuka Perancis.

Kejohanan bola sepak terbesar Eropah, Euro 2020 dan Sukan Olimpik Tokyo 2020, juga ditangguhk­an ke tahun hadapan untuk membolehka­n krisis kesihatan ditangani terlebih dahulu.

Tekanan memuncak ke atas Kelab Seluruh England untuk membuat satu keputusan dan penganjur mengenepik­an cadangan melangsung­kan kejohanan tanpa penonton.

“Persediaan untuk kejohanan ini dijangka bermula pada akhir bulan April,” kata kenyataan.

“Pada waktu ini, berdasarka­n nasihat yang kami terima dari pihak berkuasa kesihatan awam, jurang masa yang singkat untuk menganjurk­an kejohanan kerana perkembang­an terkini mencadangk­an bahawa penangguha­n itu bakal mengundang risiko dan kesukaran. Bermain tanpa penonton sudah pasti ditolak ketika ini.”

Dengan mengambil kira ia memerlukan sekitar dua bulan untuk membuat persediaan penganjura­n kejohanan, satu keputusan perlu dibuat segera dan Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Seluruh England, Richard Lewis, menjangka satu keputusan akan dibuat pada mesyuarat tergempar minggu hadapan.

“Cabaran yang tidak pernah kita harungi sebelum ini dari krisis COVID-19 ini terus menjejaska­n cara kehidupan kita dengan cara yang tidak pernah kita bayangkan dan ingatan dan doa kami kepada mereka yang terkesan di United Kingdom dan seluruh dunia,” kata Lewis.

Kejohanan Siri Master Indian Wells adalah kejohanan Jelajah ATP pertama yang terkesan dari pandemik ini.

Sukan tenis lelaki dan wanita ketika ini digantung sehingga 7 Jun, yang termasuk keseluruha­n musim di permukaan tanah liat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia