Utusan Borneo (Sarawak)

Kelab di Liga Perdana berdepan prospek kurangkan gaji pemain

-

LONDON, England: Pengurusan Liga Perdana akan berbincang tentang prospek meminta pemain menerima potongan gaji apabila 20 kelab dalam liga mengadakan sidang video pada 3 April depan, menurut sumber.

Dengan semua aktiviti bola sepak di England digantung sehingga 30 April ekoran pandemik koronaviru­s (COVID-19), setiap kelab Liga Perdana menutup operasi harian mereka, dengan kakitangan kelab bekerja dari rumah dan pemain terpaksa menjalani latihan bersendiri­an di rumah kerana pusat latihan ditutup.

Banyak kelab, termasuk Manchester United, Arsenal dan Crystal

Palace, mengesahka­n mereka akan terus membayar semua kakitangan hari perlawanan dan bukan hari perlawanan untuk beberapa minggu akan datang.

Tetapi dengan kemungkina­n bola sepak akan terus digantung selepas akhir bulan April ini, kelab-kelab Liga Perdana kini berdepan dengan prospek terpaksa mengurangk­an gaji pemain dalam usaha untuk mengelak kesukaran kewangan.

Kekurangan perlawanan menyebabka­n kelab tidak dapat mengumpul wang dari kutipan tiket dan penyiaran dengan wang penyiaran dijangka hanya akan diberikan apabila perlawanan dilangsung­kan tanpa penonton, satu kemungkina­n menyebabka­n kelab tanpa wang dalam tempoh sukar ini.

Sumber menambah majoriti kelab dalam Liga Perdana dilindungi dengan baik dari masalah kewangan berbanding kelab dari liga bawahan tetapi hanya kelab yang besar dan kaya boleh bertahan agak lama jika krisis COVID-19 berlarutan.

Usaha untuk melaksanak­an pemotongan pembayaran buat sementara perlu mendapat kelulusan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesiona­l tetapi sumber berkata dengan begitu ramai orang di negara ini berdepan kesukaran kewangan dan pemotongan gaji, mana-mana langkah dari pemain untuk menolak pemotongan sementara gaji akan menjejaska­n sukan dan reputasiny­a di kalangan peminat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia