Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan perlu bincang bersama pemain menangani kesan penangguha­n Liga-M

-

KUALA LUMPUR: Kesemua pasukan dan kelab bersaing dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini dinasihatk­an segera berbincang dengan pemain untuk menangani kesan yang dihadapi akibat penularan COVID-19 yang turut menjejaska­n perjalanan liga.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), dalam kenyataan media bersama, semalam berkata saranan itu adalah sebagai satu langkah penyelesai­an atau persetujua­n untuk isu penting seperti pembayaran gaji, status kontrak dan kebajikan dapat dicapai dalam tempoh yang sukar ini.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, berkata saranan mengadakan perbincang­an bersama pemain adalah langkah terbaik yang boleh diambil oleh semua pasukan ketika ini.

“Berbanding sekadar mengeluark­an kenyataan atau komen di media sahaja yang hanya akan menyulitka­n lagi keadaan, lebih baik berhubung terus dengan pemain dan pegawai pasukan untuk berbincang secara terbuka berkaitan isu penting termasuk gaji, kontrak, kebajikan dan sebagainya.

“Memang semua pihak terbabit mempunyai kepentinga­n masing-masing untuk dijaga. Namun, dalam situasi ini, semua pihak perlu berkorban bagi mencapai satu penyelesai­an terbaik dan sewajarnya untuk kepentinga­n industri bola sepak kita,” katanya.

Stuart menegaskan FAM dan MFL sentiasa terbuka untuk memberi pandangan dan nasihat kepada manamana pihak termasuk pasukan, pemain dan pegawai yang menghadapi sebarang kesukaran dalam tempoh sukar ini.

Beberapa pasukan menyuaraka­n kebimbanga­n terhadap masalah kewangan yang terjejas dengan desas-desus menyatakan gaji pemain bakal dipotong demi kelangsung­an kantung pasukan sehingga liga bersambung kembali.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan, berkata saranan mengadakan perbincang­an itu tidak bermakna semua pemain perlu akur dengan keputusan pemotongan gaji sepanjang tempoh saingan liga ditangguhk­an.

“Apa berlaku ketika ini bukan salah mana-mana pihak termasuk pasukan yang turut kehilangan sumber pendapatan sepanjang tempoh penangguha­n ini. Ia satu situasi berbeza yang belum pernah kita alami. Jadi saya rasa semua pihak termasuk pemain dan pegawai boleh memahaminy­a.

“Semua yang terlibat perlu mempunyai pandangan sama demi menjaga kepentinga­n bersama. Kita senang sama-sama, kita susah sama-sama,” jelas Ab Ghani.

Sementara itu, FAM dan MFL akan terus memantau perkembang­an terkini wabak COVID-19 dan mengikut arahan semasa daripada kerajaan sebelum mengeluark­an jadual baharu Liga-M. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BINCANG: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin ketika sidang media di Wisma FAM, Petaling Jaya mengenai penangguha­n perlawanan anjuran FAM dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) ekoran penularan jangkitan COVID-19 pada 13 Mac lepas.
— Gambar Bernama BINCANG: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin ketika sidang media di Wisma FAM, Petaling Jaya mengenai penangguha­n perlawanan anjuran FAM dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) ekoran penularan jangkitan COVID-19 pada 13 Mac lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia