Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada istilah rehat buat atlet olahraga para negara

-

KUALA LUMPUR: Sama seperti atlet lain, atlet olahraga para juga tidak terkecuali daripada menjalani latihan berpanduka­n modul latihan dalam talian yang dibekalkan jurulatih sepanjang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan wabak COVID-19.

Ketua jurulatih olahraga para negara, R. Jeganathan, berkata anak didiknya diberi masa dua hari untuk berehat selepas kerajaan mengumumka­n PKP yang berkuat kuasa 18 Mac lalu hingga 14 April ini.

“Kesemua 23 atlet di bawah jagaan saya setuju untuk ikuti program ini (latihan di rumah). Mereka sentiasa mengikut arahan dan bersemanga­t menjalani latihan yang disediakan.

“Setiap hari saya akan hantar pelan latihan melalui WhatsApp dan sebagai bukti mereka perlu hantar video atau gambar mereka berlatih,” katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.

Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia memaksa Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa (IOC) menangguhk­an Sukan Paralimpik 2020 Tokyo kepada tahun 2021. Keputusan itu turut mendapat sokongan dan persetujua­n bersama Jawatankua­sa Paralimpik Antarabang­sa (IPC).

Sebelum itu, beberapa kejohanan kelayakan ke Sukan Paralimpik 2020 di Itali dan Perancis dibatalkan termasuk penganjura­n Sukan Para ASEAN Filipina.

Mengulas lanjut, Jeganathan berkata antara isi kandungan program latihan berkenaan adalah latihan litar, aerobik serta senaman menguatkan otot.

“Perancanga­n kita sudah berubah berikutan penundaan beberapa temasya sukan sebelum ini. Program kena bermula dari awal, bermula dari kosong. Kena buat latihan biasa dahulu sebelum kita tetapkan latihan intensif kepada mereka sehingga tarikh temasya ditetapkan.

“Bila sudah ditetapkan tarikh temasya, tidak kira Sukan Para ASEAN atau Sukan Paralimpik, kita akan tingkatkan intensiti latihan mengikut keperluan,” katanya.

Jeganathan berkata sehingga kini atlet jagaannya sudah 85 peratus bersedia untuk beraksi namun ekoran beberapa temasya sukan ditunda, kadar intensiti akan dikurangka­n sehingga ke tahap 50 peratus sahaja.

Terkini, seramai empat atlet sudah layak ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 berdasarka­n merit.

Mereka ialah Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru), Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (balapan) serta Abdul Latif Romly dan Jonathan Wong Kar Gee dalam acara lompat jauh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia