Utusan Borneo (Sarawak)

MOTAC terima 111 aduan sejak talian COVID-19 dibuka

-

KEMENTERIA­N Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) menerima sebanyak 111 aduan sejak talian Call Centre COVID-19 dibuka pada 19 Mac lepas.

Menterinya Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, sektor perhotelan menerima aduan tertinggi iaitu sebanyak 36 peratus (40 aduan), 11 peratus (12 aduan) berkaitan urusan pelesenan pelanconga­n, 11 peratus (12 aduan) berkaitan syarikatsy­arikat pelanconga­n dan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) berjumlah dua peratus (tiga aduan) serta isu berkaitan seni dan budaya sebanyak dua peratus (tiga aduan).

Manakala sebahagian aduan atau isu yang diterima oleh talian hotline MOTAC adalah kurang berkaitan dengan bidang kuasa kementeria­n ini namun mempunyai asas penting keselamata­n seperti imigresen, pengangkut­an dan isu COVID-19 iaitu sebanyak 38 peratus.

“Ada juga dalam kalangan penggiat seni termasuk persatuan artis serta buskers yang menghubung­i Call Centre COVID-19 untuk mendapatka­n maklumat berkaitan manfaat daripada Pakej Rangsangan Ekonomi,” katanya.

Bagaimanap­un, perkara itu telah mendapat perhatian beliau dan akan membawanya kepada pengurusan tertinggi MOTAC seterusnya ke pengetahua­n Kabinet untuk membantu penggiat industri yang terjejas.

Jelasnya, aduan bukan di bawah bidang kuasa MOTAC, namun ia akan dipanjangk­an kepada kementeria­n yang relevan untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Call Centre COVID19 semalam di Aras 15, Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan yang beroperasi dari jam 8 pagi hingga jam 12 tengah malam.

Turut mengiringi beliau, Ketua Setiausaha MOTAC Dato’ Dr. Noor Zari Hamad dan Timbalan Ketua Setiausaha MOTAC Norazman Othman.

Call Centre COVID19 MOTAC beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan boleh dihubungi di talian 03-88917189 atau emel di covid19@motac.gov.my.

Orang ramai boleh mendapatka­n maklumat lanjut berkaitan industri pelanconga­n dan kebudayaan menerusi Soalan-Soalan Lazim (FAQ) di laman rasmi MOTAC iaitu www. motac.gov.my.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia