Utusan Borneo (Sarawak)

Topeng muka boleh dikitar semula tambah rezeki

- Oleh Watt Zacchaeus

TEMPOH Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa ketika ini menjadi lubuk rezeki buat seorang pembuat kraf tangan dan tukang jahit, Tuai Rumah Sijah Ejut apabila menghasilk­an topeng muka yang boleh dikitar semula.

Beliau ketika dihubungi semalam memberitah­u memandangk­an topeng muka yang sangat sukar didapati di pasaran ketika ini, beliau mengambil inisiatif untuk menghasilk­an sendiri topeng tersebut.

Menurutnya, memandangk­an beliau menutup premisnya yang terletak di pusat bandar Sibu dalam tempoh PKP ini, penghasila­n topeng itu sedikit sebanyak dapat mengisi masa lapang ketika berada di rumah dan sekurangku­rangnya dapat menjana pendapatan tambahan kepadanya.

“Pada mulanya saya hanya membuatnya untuk ahli keluarga, saudara dan rakan-rakan yang sering mengadu ketiadaan topeng muka yang dijual di pasaran.

“Dengan berbekalka­n bahan seperti kain, span dan benang yang saya ada ketika ini, ia untuk keluarga sahaja. Tidak disangka selepas saya memuat naik gambar-gambar dan status saya mengenai pembuatan topeng ini di laman sosial, ia menarik perhatian ramai orang lain yang mahu membelinya.

“Justeru, saya mengambil keputusan memperkemb­angkan lagi topeng ini untuk dikomersil­kan selain hasrat saya mahu membantu masyarakat mendapatka­n perlindung­an kesihatan,” katanya yang berasal dari Pasai Siong, dekat Sibu.

Sijah berkata, topengnya itu dijual dengan harga dalam lingkungan RM8 hingga RM10 setiap satu dan ia dibuat untuk dua golongan iaitu dewasa dan kanak-kanak.

Berbanding dijual di pasaran jelasnya, topeng yang boleh dikitar semula sedemikian dijual dengan harga RM15 hingga RM18 setiap satu, namun ia masih sukar untuk didapati kemungkina­n sudah habis dijual.

Setakat ini katanya, beliau telah menghasilk­an lebih 100 keping topeng muka sejak seminggu yang lalu.

“Saya mendapat tempahan daripada orang luar seperti dari Selangau,

Bintulu dan Miri. Apabila siap, saya akan mengirimka­nnya menggunaka­n Pos Laju kepada mereka yang menempahny­a.

“Syukur juga dengan tidak mengenakan harga yang tinggi sekurang-kurangnya saya dapat menyumbang kepada masyarakat dengan menghasilk­an topeng ini untuk menjaga kesihatan mereka ketika berada di luar,” katanya lagi.

Bercakap lanjut, Sijah berkata setiap satu topeng yang dibuatnya memakan masa lebih setengah jam untuk disiapkan. “Menghasilk­an topeng ini tidak mudah kerana memerlukan jahitan yang amat teliti serta banyak corak yang perlu dijahit, tambahan pula ia sedikit tebal kerana mempunyai span.

Jelasnya, dalam sehari beliau dapat membuat 20 hingga 25 keping topeng.

Sijah memberitah­u, topengnya ini boleh dicuci serta dijemur dan dipakai semula.

“Sebab ia kain dan span yang boleh dicuci untuk membuang kesan kotoran dan dijemur. Ia tahan lama kerana mempunyai tiga lapisan kain dan span di dalamnya,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Sijah turut melahirkan rasa kebimbanga­nnya bahawa stok bahan kain, benang dan span yang digunakann­ya untuk membuat topeng itu kini tinggal sedikit.

Beliau berkata, memandangk­an kedai menjual kain, benang dan span tutup ketika PKP ini, ia agak sukar untuknya membeli bahan-bahan tersebut.

“Bila stok bahan saya habis, mungkin saya tidak lagi membuatnya dan kini masih ada orang menempahny­a. Saya akan buat sehingga stok saya habis,” jelasnya lagi.

Sehubungan itu, beliau berharap topeng percuma yang akan diedarkan kepada rakyat di negeri ini akan dapat diberikan dengan segera oleh kerajaan bagi membolehka­n rakyat menikmati serta perlindung­an kesihatan rakyat terjamin.

“Kita amat berharap topeng percuma itu dapat diagihkan dengan secepat mungkin kepada rakyat dan sementara itu saya masih terus menerima tempahan sehingga stok bahan saya habis,” ujarnya lagi.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? TELITI: Sijah sedang mengunting kain yang digunakan untuk membuat topeng.
TELITI: Sijah sedang mengunting kain yang digunakan untuk membuat topeng.
 ??  ?? KREATIF: Sijah menunjukka­n topeng ciptaannya yang boleh dikitar semula.
KREATIF: Sijah menunjukka­n topeng ciptaannya yang boleh dikitar semula.
 ??  ?? KERJATANGA­N: Sijah sedang menjahit sisi topeng
KERJATANGA­N: Sijah sedang menjahit sisi topeng
 ??  ?? SIAP: Inilah topeng muka yang sudah siap dijahit.
SIAP: Inilah topeng muka yang sudah siap dijahit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia